Page 37 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 37
LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
PUSINGAN KETIGA:
Soalan 1: Bolehkah YB memberikan pandangan tentang isu kesuburan di Selangor dan
peluang yang ada untuk menangani isu ini?
YB Puan Pang Sock Tao:
“Kita perlu ada polisi keluarga yang lebih holistik untuk menangani punca-punca yang
menyumbang kepada masalah kesuburan. Contohnya, budaya kerja yang lebih fleksibel
supaya kedua-dua ibu bapa boleh berkongsi tanggungjawab dalam penjagaan anak.
Kesedaran majikan tentang kepentingan mengekalkan pekerja berbakat selepas mereka
bersalin adalah penting. Majikan perlu memahami bahawa pekerja yang berbakat mampu
menjana pertumbuhan korporat. Kerajaan, NGO, dan pihak agama perlu memainkan peranan
dalam menyebarkan naratif positif tentang kehidupan berkeluarga. Menekankan nilai-nilai
keluarga dan manfaat emosi dari keibubapaan.
Tadbir urus yang bijak dan efektif diperlukan untuk memastikan insentif dan bantuan kebajikan
sampai kepada golongan yang memerlukan. Pelaksanaan yang cepat dan tepat adalah
penting untuk mencapai matlamat.”
Soalan 2: Bagaimana NGO boleh membantu dalam memberikan kefahaman tentang
kepentingan kehidupan berkeluarga?
Puan Rawiyiah binti Zakaria:
“NGO perlu mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan kehidupan berkeluarga
dan manfaat mempunyai anak. Ini termasuk memberi penerangan tentang kesan jangka
panjang penurunan kadar kesuburan.
NGO boleh membantu membina sokongan komuniti untuk ibu bapa muda. Ini termasuk
menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman dan mendapatkan nasihat.Menyokong
inisiatif kewangan untuk pasangan yang menghadapi masalah kesuburan, termasuk bantuan
untuk rawatan kesuburan.
Bekerjasama dengan kerajaan dan pihak swasta untuk memastikan polisi dan insentif yang
menyokong kehidupan berkeluarga dilaksanakan dengan berkesan.”
37