Page 34 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 34

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)



               automasi untuk menampung kekurangan tenaga kerja. Selain itu juga menyebabkan tekanan

               mental dalam kalangan pekerja kerana beban kerja yang tinggi, mempengaruhi produktiviti.”

               PUSINGAN KEDUA:


               Soalan 1:  Apakah dasar dan program sedia ada di Selangor untuk membantu
               pasangan yang menghadapi masalah kesuburan?


               YB Puan Pang Sock Tao:

               “Inverse relationship: semakin ramai wanita memasuki pasaran kerja, semakin menurun kadar

               kesuburan.  Konsep  childfree  mencabar  nilai-nilai  tradisional  keluarga,  dan  salah  faham
               tentang institusi keluarga perlu diperbetulkan. Terdapat pandangan bahawa menjaga anak

               adalah  satu  beban,  namun  kita  perlu  mengingatkan  tentang  ganjaran  emosi  yang  datang
               dengan berkeluarga. Di tengah-tengah sentimen negatif yang kian tersebar di media sosial

               mengenai kehidupan berkeluarga, nilai keluarga harus diperkasakan semula. Kerajaan perlu
               lebih strategik dalam menguruskan insentif agar dapat disalurkan dengan lebih efektif kepada

               golongan sasaran, terutama M40 dan B40.

               Mama Kerja: Selangor telah memperuntukkan RM 5 juta untuk memanfaatkan 5,000 wanita
               yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang anak dan pendapatan isi rumah di bawah

               RM  8000.  Insentif  one-off  RM1,000.00  diberikan.  Kerajaan  Negeri  Selangor  sentiasa

               menyokong  wanita  untuk  kekal  bekerja  kerana  keterlibatan  wanita  dalam  pekerjaan  akan
               menyumbang secara langsung kepada kemajuan ekonomi negeri.

               Insentif  ini  bertujuan  membantu  meringankan  beban  wanita  bekerja  terhadap  penjagaan

               anak-anak,  sekaligus  memberi  peluang  kepada  mereka  untuk  menghantar  anak-anak  ke
               pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.


               Program  Bingkas  memberi  RM300.00  bulanan  selama  24  bulan  kepada  keluarga  yang
               mempunyai sekurang-kurangnya dua anak di bawah 18 tahun dan pendapatan isi rumah di

               bawah RM5,000.00. Program ini mempunyai bajet RM 108 juta setahun.

               Pelepasan  Cukai  Perubatan  menawarkan  pelepasan  cukai  untuk  perbelanjaan  perubatan

               yang berkaitan dengan rawatan kesuburan, mengiktiraf kepentingan menyokong pasangan
               muda  yang  menghadapi  masalah  kesuburan.Selain  itu  pemberian  Bantuan  Baucer  Untuk

               Rakyat Miskin Bersempena Perayaan.

               Penilaian  Dasar  adalah  penilaian  berterusan  dasar-dasar  untuk  memastikan  pengagihan

               manfaat ekonomi yang lebih adil dan efektif.”



                                                                                                       34
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39