Page 39 - 067573 laporan tahunan LPPKN
        P. 39
     LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
               SESI SOAL JAWAB
               Soalan 1:
               Bagaimana jika kita memperkenalkan dasar pekerjaan separuh masa seperti di Jepun
               dan Korea?
               “Portal  MyFutureJobs  bukan  sahaja  untuk  pekerjaan  formal  tetapi  juga  untuk  pekerjaan
               informal dan latihan industri. Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai kemahiran membuat
               kad jemputan, mereka boleh mengiklankan kemahiran tersebut di portal. Perkeso sedang
               bekerjasama  dengan  Kementerian  Perdagangan  Antarabangsa  dan  Industri  (MITI)  untuk
               konsep "nomad digital," di mana seseorang boleh bekerja untuk syarikat antarabangsa dari
               Malaysia.
               Contohnya,  Citibank  di  Malaysia  hanya  mempunyai  lesen  untuk  pemasaran,  bukan  untuk
               cawangan, tetapi mereka tetap menjadi peneraju dalam kredit kad. Konsep ini menunjukkan
               bahawa  walaupun  tanpa  pelaburan  langsung  asing  (FDI)  yang  besar,  kita  boleh
               membangunkan  bakat  dari  Malaysia  untuk  bekerja  dengan  syarikat  antarabangsa.  Ini
               menunjukkan  bahawa  peluang  pekerjaan  boleh  wujud  dalam  pelbagai  bentuk  dan  lokasi
               melalui MyFutureJobs.”
               Nama  : Dr. Siti Nurzahiraah binti Ismail
               Agensi : Selangor Research Institute
                                                                                                       39





