Page 35 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 35
LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
Soalan 2: Bagaimana NGO boleh membantu meningkatkan kadar kesuburan dan
menyokong keluarga?
Puan Rawiyiah binti Zakaria:
“Mempromosikan kerja dari rumah dan waktu kerja fleksibel, seperti yang dilihat semasa
pandemik COVID-19. Ini memberi manfaat kepada pekerja dan majikan dengan
mengurangkan kos dan meningkatkan keseimbangan kerja-kehidupan. NGO boleh
mengadvokasi polisi yang menyokong keseimbangan antara kerja dan kehidupan keluarga,
memastikan wanita boleh meneruskan kerjaya dan mempunyai keluarga.
Majikan perlu memberikan sokongan yang diperlukan oleh para pekerja dengan
menggalakkan pelaksanaan cuti paterniti untuk berkongsi tanggungjawab menjaga anak dan
menyokong ibu bekerja. Selain itu mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan
keluarga dan manfaat mempunyai anak, menyasarkan kedua-dua wanita dan lelaki dan
mengadvokasi kemudahan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti dan boleh diakses untuk
meringankan beban ibu bapa bekerja.
Perbanyakkan kempen kesedaran dalam memberikan penilaian agama mengenai
tanggungjawab dalam kehidupan berkeluarga agar generasi muda mempunyai idea tentang
kesejahteraan sesebuah keluarga. Menubuhkan program komuniti untuk menyokong ibu bapa
muda, menyediakan sumber dan panduan yang diperlukan untuk penjagaan anak. Media
sosial kini memainkan peranan yang besar dalam mempromosikan nilai kekeluargaan melalui
drama, platform media dan pempengaruh media sosial (influencer).”
35