Page 38 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 38

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)



               Soalan 3: Bagaimana PERKESO dan MyFutureJobs merancang untuk menangani

               pengurangan penduduk dalam kategori pekerjaan dan isu penuaan penduduk?

               Encik Azirruan bin Ariffin:

               “Memperluas perlindungan sosial untuk merangkumi pekerja yang berusia lebih dari 60 tahun.

               Ini  termasuk  melihat  semula  Akta  yang  berkaitan  untuk  memastikan  perlindungan  yang
               menyeluruh. Mengadakan program eksplorasi kerjaya di sekolah-sekolah untuk membantu

               pelajar  memahami  pilihan  kerjaya  mereka  dan  memastikan  mereka  bersedia  dengan
               kemahiran yang diperlukan.

               Menggunakan teknologi AI untuk memadankan pencari kerja dengan peluang pekerjaan yang

               sesuai. Ini termasuk memastikan maklumat kemahiran dan kelayakan dikemas kini dengan

               lengkap  (MyFutureJobs).  Memberi  insentif  kepada  majikan  untuk  mengambil  pekerja  dari
               kumpulan veteran, warga emas, OKU, dan bekas banduan. Ini termasuk insentif kewangan
               untuk majikan. Menggalakkan majikan untuk menyediakan susunan kerja yang fleksibel untuk

               menarik  lebih  ramai  pekerja  dan  mengekalkan  pekerja  sedia  ada  FWA  (Flexible  Working
               Arrangement).


               Kerajaan  perlu  memperkenalkan  kemahiran  atau  sektor  baru  yang  dapat  menampung
               golongan  veteran  memandangkan  negara  sedang  menuju  ke  arah  status  negara  tua.  Di

               samping itu, kebanyakan data menunjukkan bahawa wanita lebih terjejas oleh pemberhentian
               kerja. Isu cuti bersalin dilihat sebagai faktor yang menyebabkan majikan merasa kerugian

               apabila menggaji pekerja wanita. Kita juga menyaksikan pengurangan dalam tenaga kerja
               wanita, sedangkan jumlah wanita di universiti jauh lebih tinggi berbanding lelaki. Isu ini perlu

               dipandang  serious  dalam  persiapan  kita  dalam  menghadapi  negara  tua  dan  kekurangan
               tenaga kerja.”


               RUMUSAN MODERATOR


               Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013, dengan purata nasional 1.6. Selangor
               adalah  negeri  keempat  terendah  dalam  kadar  kesuburan  selepas  Pulau  Pinang,  Kuala

               Lumpur, dan Sabah. Umur perkahwinan semakin lewat disebabkan kesukaran mencari jodoh
               dan kesukaran mengimbangi masa bekerja dan keluarga. Kos penjagaan yang tinggi menjadi
               halangan untuk mempunyai lebih ramai anak. Penurunan kadar kesuburan akan memberi

               kesan kepada struktur komposisi penduduk dan sosioekonomi, termasuk piramid umur dan

               penduduk pekerja.





                                                                                                       38
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43