Page 20 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 20
LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
Masalah kesuburan dalam kalangan lelaki juga dengan usaha mengurangkan kes masalah
sperma yang menunjukkan data peningkatan abnormalitas sperma dari 39.0 peratus pada
2010 ke 60.0 peratus pada 2019. Klinik Kesejahteraan Lelaki juga telah ditubuhkan oleh
LPPKN pada tahun 2022 untuk menawarkan nasihat, rawatan dan suplemen untuk
meningkatkan kesuburan lelaki. Sebelum tamat, Dr. Komathy juga memaklumkan mengenai
Pusat Subfertiliti Negara yang akan ditubuhkan di Shah Alam, Selangor yang akan beroperasi
pada tahun 2030. Pusat ini menyediakan rawatan canggih pada masa kini pada harga
berpatutan serta menjadi pusat latihan dan penyelidikan kesuburan.
KERTAS KERJA 2: Penduduk dan Impak Sosio-Ekonomi Kepada Negara
oleh Encik Wan Mohd Shahrulnizam bin Wan Mohd Najuri, Pengarah Kanan, Bahagian Perangkaan Penduduk
dan Demografi, Jabatan Perangkaan Malaysia
“Penurunan kadar kesuburan di Selangor
dan daerah sekitarnya, dengan Petaling
menunjukkan kadar kelahiran yang
sangat rendah. Penurunan ini akan
mempengaruhi nisbah tanggungan umur
muda kepada umur bekerja, yang boleh
memberi kesan negatif kepada ekonomi
jika tidak diurus dengan baik.”
20