Page 16 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 16
LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
dengan individu yang menghadapi gangguan dan keganasan seksual. Selain
penambahbaikan dalam kaedah pengumpulan data, inisiatif-inisiatif Kerajaan Malaysia untuk
menubuhkan ekonomi penjagaan wajar dipuji, termasuk juga usaha Kerajaan Negeri Selangor
dalam mengkaji isu penuaan secara komprehensif, dan usaha menawarkan perkhidmatan
penjagaan kanak-kanak yang berkualiti dan mampu milik.
Dalam hal ini, kami amat berbesar hati dengan langkah-langkah dan pelaburan proaktif yang
telah diambil Kerajaan Negeri Selangor dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan,
mendorong kesamarataan gender, memastikan penduduk mendapat akses kepada kesihatan
dan hak seksual dan reproduktif, serta usaha pengumpulan data yang dilaksanakan Kerajaan
Negeri. Langkah-langkah yang disebut ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam
memastikan tiada seorangpun yang ditinggalkan, selari dengan konsep “Leave No One
Behind”.
YM Tengku Aira binti Tengku Razif yakin bahawa Selangor mampu menjadi contoh teladan
yang terbaik dalam menunjukkan bagaimana Malaysia mampu mengharungi cabaran
kompleks akibat perubahan dinamik kependudukannya - ke arah pembentukan sebuah
negara yang berdaya tahan, sama rata, sarat peluang, dan sihat tanpa adanya kumpulan yang
tercicir - selaras dengan usaha negara kita untuk merealisasikan Matlamat Pembangunan
Lestari untuk semua. UNFPA Malaysia kekal bersedia untuk menyokong Kerajaan Negeri
Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam bersama-sama mengharungi cabaran perubahan
dinamik kependudukan di negara kita.
16