Page 21 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 21

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)



               Pembentangan pada bahagian pertama kertas kerja ini, penekanan diberi kepada Kedudukan

               Penduduk Malaysia. Statistik amat penting kerana data adalah sumber terutamanya dalam
               membuat keputusan dasar yang spesifik dan bersasar. Data dianggap sebagai aset strategik

               dalam dunia digital, setaraf dengan minyak. “Data is the new oil” kata Qi Lu Chief of Microsoft’s
               Application & Services (2016).


               Struktur  penduduk  Malaysia,  ASEAN,  dan  dunia  menunjukkan  penurunan  kelahiran  dan
               peningkatan penduduk tua. Peratusan penduduk tua 65 tahun dan keatas meningkat iaitu

               Malaysia pada tahun 1970 dan 2023 sebanyak 3.1 peratus kepada 7.4 peratus. Secara amnya
               nisbah  tanggungan  ini  memberi  gambaran  ekonomi  mengenai  kebergantungan  penduduk
               muda dan tua terhadap penduduk bekerja dari segi sokongan kewangan seperti perbelanjaan

               persekolahan  anak-anak  dan  perbelanjaan  kesihatan  warga  tua.  Manakala  ASEAN  pada

               tahun  1970  sebanyak  3.3  peratus  kepada  7.8  peratus  pada  tahun  2023.  Ini  mendorong
               kepada dunia juga akan meningkat penduduk tua dari 5.3 peratus pada tahun 1970 dan pada
               tahun 2023 sebanyak 10.0 peratus. Terdapat dua faktor utama penuaan penduduk adalah

               disebabkan oleh penurunan kelahiran dan kematian berterusan serta secara tidak langsung
               akan menyumbang kepada peningkatan jangka hayat negara.


               Statistik Penduduk Malaysia dari 418,500 pada tahun 1891 dan penduduk Selangor adalah
               81,600.  Peningkatan  penduduk  Selangor  kepada  lebih  dari  satu  juta  pada  tahun  1957,

               menunjukkan  pertumbuhan  pesat.  Selangor  merupakan  negeri  yang  dominan  dalam
               mempengaruhi  statistik  nasional.  Implikasi  demografi  juga  dapat  dipengaruhi  oleh  sebab-

               sebab Selangor mempunyai tenaga buruh dan penduduk bekerja yang signifikan, tetapi juga
               menghadapi  isu  influks  tenaga  kerja  asing.  Selain  itu,  Kadar  kesuburan  menurun,

               menunjukkan transisi demografi ke fasa ketiga dan keempat di mana kelahiran dan kematian
               menghampiri keseimbangan.


               Pembentangan ini juga menekankan data yang inklusif penting untuk kesejahteraan sosial
               dan ekonomi. Penurunan kadar kelahiran memberi kesan kepada struktur sosio-ekonomi dan

               memerlukan  intervensi  untuk  mengelakkan  penurunan  yang  lebih  drastik.  Peningkatan
               urbanisasi  dan  kepadatan  penduduk  memberi  impak  kepada  ekonomi  dan  perkhidmatan

               sosial.

               Penurunan  kadar  kesuburan  di  Selangor  dan  daerah  sekitarnya,  dengan  Petaling

               menunjukkan kadar kelahiran yang sangat rendah. Penurunan ini akan mempengaruhi nisbah
               tanggungan umur muda kepada umur bekerja, yang boleh memberi kesan negatif kepada
               ekonomi jika tidak diurus dengan baik.





                                                                                                       21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26