Page 117 - TER Chamang final draft
P. 117
TINDAKAN 2:
PEMAS ARAN MEDIA S OS IAL
Tujuan utama pemasaran menggunakan media sosial adalah untuk
menyampaikan maklumat terkini dengan pantas sambil mempertingkatkan
presence in mind para pengguna secara berterusan
Bagi media sosial pula, pihak Jabatan boleh bekerjasama sama ada dengan blogger, webmaster dan
juga operator pelancongan tempatan (local operators) yang banyak melaksanakan aktiviti penulisan
dan juga promosi pelancongan. Kaedah juga perlu dicari bagi merancakkan lagi likes dan re-tweet di
kalangan pelawat yang aktif menggunakan Facebook dan Twitters. Ini termasuklah insentif penginapan
dan kemudahan bagi mereka yang benar-benar aktif melakukan twit yang mempromosikan taman
negeri ini.
Media Facebook dan Aplikasi Instagram amat popular dikalangan orang muda - kelompok sasaran
utama bagi taman eko-rimba di Pahang. Koleksi gambar pengalaman melawat TER boleh dikongsikan
bersama pengikut maisng-masing di media berkenaan.
Segmen SiG (Special Interest Group) boleh termasuk mereka yang berminat dengan fotografi. Selfie
pula adalah kelompok mutakhir yang mengikuti trend semasa di mana para pelawat ini hanya berminat
untuk bergambar di tempat-tempat baharu dan unik. Sebab itulah juga kebanyakan kemudahan di
taman eko-rimba ini mempunyai ciri arkitek yang unik (di Chamang ini adalah Lepak Trak dan Rope
Course) yang mampu memberi peluang bergambar kepada segmen seperti ini sangat berminat untuk
mengumpul koleksi tempat lawatan unik yang belum dilawati oleh rakan-rakan yang lain.
Implikasi
Bagi tujuan pemasaran Taman Eko-Rimba Pahang, perlu diwujudkan satu Pelan Strategik
Pemasaran untuk memastikan semua tindakan yang perlu dilaksanakan akan dapat
dilakukan secara selari bagi mencapat matlamat yang sama. Secara praktikal, pemasaran
melalui media sosial ini:
• Akan memerlukan kakitangan khusus atau term of reference yang memerlukan
kemahiran melakukan penyampaian mesej melalui media sosial.
• Photoshoot Points perlu dicari dan disarankan kepada para pelawat bagi memastikan
mereka dapat mengabadikan pengalaman secara lebih bermakna; hal ini secara
langsung juga akan mempromosikan TER dengan lebih meluas dan kerap.
Fasa Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
Pembangunan (2022-2024) (2025-2028) (2025-2028)
110