Page 118 - TER Chamang final draft
P. 118

TINDAKAN 3:


                      PENGANJURAN A CARA KHAS




                 Bagi Taman Eko-Rimba Chamang ini, Acara Khas  akan
                 membantu menguatkan jenama ‘Taman Eko-Rimba’ ini
                 yang relevan dan dinamik untuk aktiviti kembara dan
                 lasak.


                 Matlamat Utama penganjuran Acara Khas adalah untuk memberi kesedaran
                 umum tentang fungsi dan kepentingan Taman Eko-Rimba Pahang seperti
                 Chamang  ini. Ianya  perlu berjalan  seiring dengan  tindakan  Pemasaran
                 Media Sosial dan Laman Web (e-Eko Rimba).

                 Di negara ini terdapat banyak destinasi kembara lasak seperti di Sg. Sedim,
                 Sg. Kiulu, Gopeng dan sebagainya. Salah satu kekuatan TER Chamang adalah
                 lokasinya yang tidak jauh dari pusat penduduk (captured market) di Kuala
                 Lumpur, Kuantan dan lain-lain bandar utama yang berhampiran. Ianya juga
                 sangat hampir dengan destinasi tumpuan ramai iaitu Genting Highland dan
                 Fraser Hills serta Janda Baik dan Bukit Tinggi.















                                                                                                         Maka, penganjuran  Acara  Khas mudah untuk
                                                                                                         dilaksanakan.  Antara  produk  Acara  Khas utama
                                                                                                         (Flagship)  untuk   Chamang      adalah   Jamboree
                                                                                                         Canyoning yang masih  belum ada di negara  ini.
                                                                                                         Aktiviti extreme  ini boleh  meliputi aktiviti  Gorge
                                                                                                         Walking, Water Jumping, Floating, Wall Abseiling dan
                                                                                                         lain-lain lagi mengikut bentuk rupa bumi air terjun.
                                                                                                         Bagi TER  Chamang  ini, Acara  Khas lain yang  boleh
                                                                                                         dianjurkan di TER ini termasuklah:


                                                                                                           •  Pertandingan Eco-Run / Eco-Challenge
                                                                                                           •  Slot rancangan  TV bertemakan  memasak
                                                                                                               seperti ‘Selera Santai’
                                                                                                           •  Youtube Channel
                                                                                                           •  Selamat Pagi Malaysia
                                                                                                           •  Discovery Channel / National Geographic




                                                                                                                                       Fasa                  Fasa 1             Fasa 2           Fasa 3
                                                                                                                                       Pembangunan           (2022-2024)        (2025-2028)      (2025-2028)



                111
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123