Page 14 - PERIBAHASA
P. 14

PERIBAHASA                                            MAKSUD
         Seperti abu di atas tunggul, datang angin   Kedudukan atau pekerjaan yang tidak terjamin, mungkin dipecat bila-
         terbanglah dia                           bila masa
         Seperti anai-anai makan kayu             Lakukan sesuatu yang begitu rajin
         Seperti anjing bertemu pasir             Orang yang telah menemui barangan kegemaran dirinya
         Seperti api dalam sekam                  Perbuatan jahat yang dilakukan secara tersembunyi
         Seperti api dengan asap                  Hubungan yang tidak boleh diputuskan
         Seperti ayam berak kapur                 Muka pucat kerana menghidap penyakit
         Seperti cincin dengan permata            Pasangan yang sesuai, sama padan
         Seperti ikan kena tuba                   Tidak berdaya lagi
         Seperti kucing dapat tikus               Tidak tahu duduk diam
         Seperti mentimun dengan durian           Orang yang lemah berlawan dengan orang yang kuat
         Seperti pahat dengan penukul             Tolong-menolong antara satu sama lain
         Seperti rusa masuk kampung               Berasa hairan atau terkagum pada tempat baru
         Seperti tikus membaiki labu              Membaiki barang tetapi tak tahu cara, lalu menjadi lebih rosak
         Setengah tiang                           Gila-gila
         Sirih pulang ke gagang                   Kembali ke tempat yang asalnya
         Sudah terhantuk baru terngadah           Sudah terkena, hanya teringat
         Tajam akal                               Cerdik
         Tak lapik dek hujan, tak lekang dek panas  Adat tidak mengubah atau sesuatu adalah utuh
         Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang   Tentulah ada sebabnya apabila orang menyatakan sesuatu perkara
         tak kata
         Tangkai jering                           Kedekut
         Tangkap muat                             Pilih tidak teliti
         Tarik muka                               Tidak puas hati
         Tawar hati                               Tidak bersemangat
         Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata   Kata-kata yang sudah diucapkan tidak boleh ditarik balik dan
         buruk akibatnya                          sendirinya yang menanggung akibatnya
         Tidak dapat dibaiki, jangan dirosakkan   Sekiranya anda tidak pandai memperbaiki sesuatu, janganlah
                                                  pecahkannya
         Tidur mati                               Tidur yang tidak sedarkan diri
         Tinggal kain sehelai sepinggang          Kehilangan harta akibat bencana
         Tinggi hati                              Sombong dan Megah
         Tumbuk rusuk                             Rasuah
         Ubur-ubur airnya hitam                   Orang yang jahat boleh dilihat pada tingkah laku dan perkataannya
         Ucap habis niat sampai                   Keputusan yang diperoleh dengan segera
         Udang hendak mengatai ikan               Tak faham kekurangan dirinya
         Ukur baju di badan sendiri               Berbelanja mengikut mampuan diri / Keburukan diri tidak boleh
                                                  diukur dengan keburukan orang lain
         Ukur jalan                               Merayau-rayau tanpa arah dan tujuan
         Ukur mata dengan telinga                 Mengikut penglihatan dan pendengaran
         Ular berkepala dua                       Tiada tetap pihak mana yang diikuti
         Ulat buku                                Orang yang suka membaca buku
         Umpama kayu buruk, buruk dek panas,      Bernasib buruk yang tidak dapat dielakkan lagi
         reput dek hujan
         Umpama kayu lempung belum ditolak        Seseorang mudah mengikuti kehendak orang lain
         condong sendiri
         Untung bagai untung kapas                Orang yand terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan
         Untung batu                              Bernasib buruk
         Untung sabut                             Selalu bernasib baik
   9   10   11   12   13   14   15   16