Page 13 - PERIBAHASA
P. 13
PERIBAHASA MAKSUD
Pacat ingin menjadi ular Orang yang miskin berlagak jadi orang yang kaya
Pahit di luar manis di dalam Kata-kata yang kasar tetapi maksudnya baik dan menguntungkan
Paku Belanda Harga tidak boleh ditawar-tawar
Panas baran Seseorang yang mudah marah
Panjang tangan Orang yang suka mencuri
Pasang telinga Mendengar dengan teliti
Patah hati Kecewa
Patah kandar Hilang tempat berlindung atau bergantung
Pekak badak Seseorang yang pura-pura tidak mendengar
Pelanduk dua serupa Dua orang yang seolah-olah rupanya
Perang mulut Berbahas yang hanya meluahkan kata-kata
Perut kosong Lapar
Pipit sama pipit enggang sama enggang Pengelasan orang mematuhi pangkat dan darjat
Puteri Lilin Seseorang yang tidak tahan dengan panas
Rabun ayam Penglihatan yang rabun menjelang waktu malam
Rambang mata Tidak tahu yang mana satu dapat dipilih
Rambut sama hitam hati lain-lain Sungguhpun cara hidup seseorang itu mempunyai kesamaan, tetapi
kehendak dan fikiran adalah berlainan
Ranting reput Sesuatu sudah tiada harapan
Rebung tidak jauh dari rumpun Kelakuan anaknya tidak jauh dari tingkah laku ayahnya
Rebung tidak miang, bembam pula yang Orang bersangkutan senyap diri, orang lain pula yang campur tangan
miang
Rendah diri Tidak sombong
Retak-retak mentimun Retak halus yang cuma di luar saja
Rezeki harimau Makanan yang ramai dan berjenis-jenis
Rezeki mata Sesuatu perkara yang bagus ditengok
Ringan kepala Mudah memahami sesuatu yang diajarkan
Ringan mulut Peramah
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul Bersama-sama dalam membuat sesuatu kerja
Ringan tulang Rajin
Ringan tulang, berat perut Sesiapa yang rajin bekerja dia akan memperoleh rezeki yang lebih
Rumah buruk disapu cat Orang tua yang gemar bersolek
Rumah siap pahat berbunyi Kerja sudah siap, tetapi tak sempurna atau masih dipertikaikan
Runtuh iman Tergoda untuk melakukan kejahatan
Rusuh hati Gelisah
Sagu hati Hadiah
Sakit hati Perasaan tersingguh dan membuatkan orang marah
Sakit mata Benci memandang sesuatu
Sampah masyarakat Orang yang amat hina
Sampai hati Tidak segan-segan
Sauk air mandikan diri Orang yang hidup berusahalah sendiri
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga Kerana keburukan yang sedikit jadi semua kebaikan pun rosak
Sebelum ajal berpantang maut Tidak akan mati sebelum masa kematian dia tiba
Sebulat suara Semua orang bersetuju dalam hal yang tersebut
Sehelai sepinggang Pakaian yang ada pada tubuh
Sekali air bah, sekali pantai berubah Apabila keadaan berubah, suasana berubah
Senyum kambing Senyum yang mengejek
Separuh mati Terlalu penat