Page 8 - PERIBAHASA
P. 8

PERIBAHASA                                            MAKSUD
         Harga pokok                              Harga tiada mengambil kira sebarang keuntungan
         Hari guruh takkan hujan                  Orang yang amat marah biasanya tidak sampai pukul
         Hari ini sedang panas panjang, kacang    Orang miskin menjadi kaya, melupakan dirinya
         telah lupakan kulitnya
         Hari tak selamanya panas                 Nasib baik dan malang secara bergantian
         Hari tidak siang saja                    Tidak selalu senang secara berterusan
         Harimau ditakuti sebab giginya           Orang berkuasa itu ditakuti kerana kekuasaannya
         Harimau mati kerana belangnya            Mendapatkan kemalangan kerana kelebihannya
         Harimau menunjukkan belangnya            Orang yang menunjukkan kekuatannya
         Harta orang hendak digalas               Orang yang ingin mengambil harta orang lain
         Hati bagai baling-baling                 Pendirian yang tidak tetap
         Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung   Orang yang tidak mempunyai perasaan
         pisang
         Hati batu                                Seseorang yang dengil dan tidak mahu mendengar nasihat
         Hati emas                                Hati yang baik
         Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama   Pembahagian yang sama rata
         dicecah
         Hati kecil                               Perasaan hati yang sesungguhnya
         Hati perut                               Bertimbang rasa
         Hati tungau                              Penakut
         Hati waja                                Terus berusaha dan tidak menyukai berputus asa
         Hempas tulang tak berbalas jasa          Berpenat telah tetapi tidak mempunyai hasilnya
         Hendak air pancuran terbit               Memperoleh lebih daripada yang dikehendaki
         Hendak masak langsung hangus             Kerana terlalu banyak meninggikan diri akhirnya dapat malu saja
         Hendak terbang tiada bersayap            Ingin melakukan sesuatu tetapi tidak berkuasa
         Hentam kromo                             Membuat sesuatu kerja dengan sesuka hati
         Hidung belang                            Orang yang suka mengusik perempuan
         Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong  Gemar ikut campur di dalam urusan orang lain
         Hidung tinggi                            Sombong
         Hidup segan mati tak mahu                Hidup melarat
         Hilang akal                              Jadi bingung / gila
         Hilang di mata di hati jangan            Walaupun tempat tinggal adalah jauh tetapi sentiasa diingati di hati
         Hilang harapan                           Telah putus asa
         Hujung lurus, pangkal berkait            Ia kelihatan baik, tetapi di hatinya adalah kejahatan
         Hutang keliling pinggang                 Menanggung pinjaman yang terlalu banyak
         Ibarat beban, belum lepas daripada bahu  Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai
         Ibarat negeri berubah rasam, ibarat tahun   Orang yang tidak tetap kedudukannya
         berubah musim
         Ibarat perahu takkan karam sebelah       Simpati dengan kaum keluarga yang ditimpa masalah
         Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa   Orang melarat dapat pertolongan
         hujan segar kembali
         Ibu angkat                               Perempuan yang membesarkan seseorang seperti anaknya sendiri
         Ibu ayam                                 Perempuan yang menjaga pelacur untuk mendapatkan duit
         Ibu kandung                              Ibu sendiri
         Ibu keladi                               Orang tua yang bersikap seperti orang muda
         Ibu pertiwi                              Negara tempat kelahiran
         Ikan di hulu tuba di hilir               Perbuatan yang sia-sia
         Ikan di kuali, habis melompat            Bernasib malang
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13