Page 6 - PERIBAHASA
P. 6

PERIBAHASA                                            MAKSUD
         Di bawah ketiak orang                    Di bawah kekuasaan seseorang
         Di luar merah di dalam pahit             Lahirnya baik, tetapi fikirannya jahat
         Di lurah maka hendak angin, di bukit maka   Mahu sesuatu tidak pada tempatnya
         hendak air
         Di mana bunga kembang, di situ kumbang   Di mana ada gadis, anak-anak muda akan ada di situ
         banyak
         Di mana makan di situ berak              Melakukan kejahatan dalam tempat orang mencari rezeki
         Diam-diam ubi                            Perkara berlaku secara senyap
         Diberi berpadang luas                    Diberi kebebasan penuh
         Dicocok orang hidungnya                  Menurut saja perintah orang lain
         Didengar ada, dipakai tidak              Nasihat yang sia-sia
         Digantung tinggi, dibuang jauh           Tidak berkuasa sedikit jua
         Dimakan mati emak, diluah mati bapa      Dalam situasi yang serba salah
         Duit kopi                                Rasuah / wang sogokan
         Durian runtuh                            Mendapat keuntungan secara tiba-tiba
         Ekor mata                                Lihat dengan hujung mata / berhati-hati
         Ekor pulau                               Hujung pulau
         Elang terbang mengawan, agas hendak      Orang miskin yang ingin meniru tindakan orang kaya
         mengawan juga
         Elok arak di hari panas                  Orang yang bersuka-cita kerana mencapai tujuan
         Elok buruk dan busuk hanyir              Kesenangan dan kesusahan sentiasa ada
         Elok lenggang di tempat datar            Berseronok-seronok perlu pada tempat dan masa yang sesuai
         Emak buyung                              Wanita yang suka bercerita kepada kanak-kanak
         Emak saudara                             Kakak atau adik perempuan kepada ayah atau ibu
         Emas putih                               Campuran emas berwarna putih
         Emas sebungkal                           Barang yang berharga
         Emas tempawan                            Orang yang dikasihi
         Embacang buruk kulit                     Ia kelihatan buruk tetapi ia sangat baik
         Embun betina                             Embun yang kecil-kecil
         Embun di hujung rumput                   Tiada kekal
         Embun jantan                             Embun yang besar-besar
         Enak hati                                Gembira / senang hati
         Enau sebatang dua sigainya               Satu pekerjaan yang diketuai oleh dua orang
         Enggan seribu daya, mahu sepatah kata    Jika tidak menyukai biasanya banyak alasan
         Enggang lalu ranting patah               Sesuatu yang berlaku secara kebetulan meninggalkan akibatnya
         Entimun bongkok                          Tiada mengira di dalam pergaulan
         Fajar menyingsing                        Waktu pagi hari
         Fikir itu pelita hati                    Fikiran suluh kebenaran
         Fikiran buntu                            Sukar dapat memikir penyelesaian
         Fikiran sempit                           Seseorang fikiran yang cetek
         Fikiran tajam                            Sangat cepat faham akan sesuatu
         Fikiran terbuka                          Sanggup mempertimbangkan sebarang cadangan
         Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan   Tindakan yang terlanjur, walaupun sedikit akibatnya sama juga
         juga                                     dengan yang besar
         Gagak bersuara murai                     Nampaknya hodoh, tetapi suaranya merdu dan baik hati
         Gajah berak besar, kancil pun hendak berak  Kelakuan orang miskin yang gemar meniru orang kaya
         besar juga
         Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati      Jika raja-raja berselisih, rakyat akan dapat susah
         tersepit
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11