Page 9 - PERIBAHASA
P. 9

PERIBAHASA                                            MAKSUD
         Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor      Kerana yang sedikit rosak yang ramai
         Ikan tergantung, kucing tunggu           Mengharapkan untuk memperoleh barang yang dikehendaki
         Ikat diri                                Sangat berat
         Ikat hati                                Menawan
         Ikat janji                               Membuat perjanjian
         Ikat perut                               Orang yang menahan lapar
         Ikut jejak                               Mencontoh sifat baik
         Ingin di buah manggis hutan, masak ranum  Inginkan sesuatu yang sudah diperoleh
         tergantung tinggi
         Intan baiduri                            Seseorang yang dikasihi
         Intan berlian jangan dipijakkan          Untung bahagia jangan dielakkan
         Iri hati                                 Perasaan dengki
         Isi dada bekal berjalan                  Jika mempunyai ilmu ke mana pergi mudah rezeki
         Isi hati                                 Perasaan
         Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang  Kita yang berkerja, orang lain yang senang
         ke kita
         Isi perut                                Perasaan yang sesungguhnya
         Isi rumah                                Keluarga
         Itik bertaji                             Amat penakut, tetapi sombong
         Itik diajar berenang                     Membuat kerja yang sia-sia
         Itik mendapat air                        Memperoleh sesuatu yang sangat disukainya
         Jadi abu                                 Sesuatu yang sudah hancur berkecai
         Jadi air mandi                           Sudah menjadi kebiasaan
         Jadi alas cakap                          Hadiah kepada orang yang merit
         Jadi penghubung kaki tangan              Tempat harapan yang sentiasa memberi pertolongan
         Jaga hati                                Bertolak ansur
         Jaga mulut                               Bercakap dengan berhati-hati
         Jalan buntu                              Menemui sesuatu yang tidak ada penyelesaian
         Jalan fikiran                            Cara berfikir
         Jalan keluar                             Cara penyelesaian masalah yang telah buntu
         Jalan mati                               Jalan yang berhujung
         Janda berhias                            Perempuan masih muda tetapi suaminya sudah mati atau diceraikan
         Jangan bagai babi merasa gulai           Orang yang hina tidak boleh berkahwin dengan orang bangsawan
         Jangan berkemudi di haluan               Jangan terlalu mengikut kata-kata isteri
         Jangan bersandar di batang rengas        Jangan mencari perlindungan pada orang hebat yang jahat
         Jangan diajar orang tua makan kerak      Jangan diajar oleh orang yang sudah tahu
         Jangan difikirkan air pasang saja        Jangan mengharapkan sentiasa dapat nasib yang baik
         Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau   Perbuatan yang buruk jangan dibiasakan
         tak putus genting
         Jangan memberi bunga kepada monyet       Memberi sesuatu yang baik sepatutnya pada tempat yang sesuai
         Jangan menggerak ular tidur              Bahaya jangan mencari
         Jangan seperti si buta mematah tongkat   Orang yang membantu kita, jangan bermusuh
         Jantung hati                             Orang yang sangat dikasihi
         Jari kudung dimasukkan cincin            Membuat perkara tidak pada tempatnya
         Jarum halus kelindan sutera              Tipu muslihat yang amat halus
         Jatuh hati                               Menaruh sayang kepada seseorang
         Jauh di mata, dekat di hati              Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tiada lupa pada yang
                                                  ditinggalkan
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14