Page 7 - PERIBAHASA
P. 7
PERIBAHASA MAKSUD
Gajah berhati, kuman pun berhati juga Kaya dan miskin bersama berfikiran dan bernafsu
Gajah dipandang seperti kuman Terlalu marah
Gajah ditelan ular lidi Yang kuat dapat dikalahkan oleh yang lemah
Gajah empat kaki lagi tersaruk Orang yang berkuasa itu waktunya sampai akan kehilangan
kebesarannya
Gaji buta Orang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji
Gali lubang tutup lubang Pinjam wang untuk bayar hutang
Gar-gar gelegar, rasuk juga menahannya Jangan senang percaya dengan perkataan orang
Garam dikulum tak hancur Orang yang cerdik menyimpan rahsia
Garam jatuh di air Nasihat itu diterima dengan baik
Garuda diburu layang-layang yang dapat Barang yang didapatkan tidak seimbang dengan yang diinginkan
Gatal mulut Suka cakap keburukan orang
Gatal tangan Suka membuat sesuatu yang bukan-bukan
Gaya saja, rasanya wallah Rupanya sahaja yang bagus, tetapi budi pekertinya buruk
Gayung tua, gayung memutus Kata-kata orang tua biasanya betul
Gedang kayu, gedang dahannya Banyak pendapatan, banyak belanjanya
Gelap hati Sukar faham pelajaran
Gelap mata Mengamuk
Gelegar buluh Cakap besar tetapi tiada berfaedah
Geleng seperti si patung kenyang Berjalan melonjak-lonjak sebab sombongnya
Gerak badan Senaman
Gerak hati Perasaan dari dalam hati
Gigit jari Menyesal
Gila bahasa Orang yang tidak panjang fikirannya
Gila bayang Inginkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Gila judi Suka bermain judi
Goyang kaki Dapat kesenangan dalam cara yang mudah
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai Tindakan yang tidak sempurna
mentah
Gulung tikar Perniagaan tetap ditutup
Guna-guna alu, sesudah menumbuk Digunakan apabila terdapat keperluan, selepas itu ditinggalkan
dicampakkan
Gunung payung Orang kesayangan / buah hati
Habis akal Bingung setelah daya usaha
Habis jodoh Bercerai
Habis kapak berganti beliung Amat rajin bekerja
Habis kuman disembelih hendak memberi Susahkan orang kecil kerana ingin menyenangkan orang yang hebat
makan gajah
Habis madu sepah dibuang Digunakan apabila ada keperluan, selepas itu ditinggalkan
Hancur hati Sedih / kecewa
Hangat hati Amat marah
Hangat-hangat tahi ayam Tidak bersungguh-sungguh membuat perkara
Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang Membantu seseorang yang ditimpa kesusahan
dicari
Hapus panas setahun kerana hujan Kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak Cakapnya sahaja yang hebat tetapi buktinya tidak ada
boleh cekap
Harga diri Maruah seseorang
Harga mati Harga yang tetap