Page 29 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 29
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
33.7 Ketua Panitia/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini
dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk
disahkan oleh Guru Penolong Kanan / Guru Besar.
34.0 KERJA LUAR
34.1 Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar seperti berniaga,
ceramah/pendakwah bebas kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab 'D'
seperti berikut:
i. Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
ii. Tidak dilakukan semasa waktu pejabat.
iii. Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam.
iv. Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan
kepentingan jabatan.
34.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan
bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
subseksyen 79(e) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi
RM50,000 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu) atau lima tahun penjara atau
kedua-duanya sekali.
35.0 PEKELILING IKHTISAS / PERKHIDMATAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN/ PERINTAH AM PEGAWAI AWAM
35.1 Setiap pekeliling dan arahan yang dikeluarkan oleh Pengetua/Guru Besar
hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta diambil Tindakan.
35.2 Sila rujuk dan patuhi surat-surat Pekeliling Ikhtisas (SPI):
35.2.1 Surat Bil. 2/196 (Penggunaan waktu tidak mengajar).
35.2.2 Surat Bil. PU(A) 531/97 Perkara 8 (AP) (menyedia dan menghantar
BRM).
35.2.3 Surat Bil 1 /1972 (Peraturan-peraturan Tatatertib Sekolah/ Pelajaran
1959).
35.2.4 Surat Bil. 5/1977 (Tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah).
35.2.5 Surat Bil. 8 / 2017 (Cuti Rehat Khas) dan Ceraian SR5.1.5 mulai 1
September 2022.
35.2.6 Surat Bil. 6 /1985 (Peraturan Pakaian Guru).
35.3 3A. (1) Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan
Peraturan- Peraturan ini. (2) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-
Peraturan ini oleh seseorang pegawai boleh menyebabkan pegawai dikenakan
tindakan tatatertib di bawah peraturan-peraturan ini.
23 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah