Page 26 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 26
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
25.0 BILIK GURU/ BILIK REHAT GURU
25.1 Kebersihan, keceriaan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi
tanggungjawab semua guru. Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada murid.
25.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap non-teaching period dan bukannya free period. Oleh itu
guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara
berkaitan dengan PdPc atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
25.3 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di
premis sekolah.
25.4 Sebarang jamuan / pot luck dipanjangkan kepada pengusaha kantin.
25.5 Murid tidak dibenarkan keluar masuk atau berada di bilik guru tanpa urusan.
25.6 Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang dengan
guru.
25.7 Sekiranya guru hendak berehat dan mencari suasana yang tenang, guru boleh
berehat di Sudut Santai Bilik Guru.
26.0 PENGURUSAN BILIK-BILIK KHAS DAN BILIK DARJAH
26.1 Bilik-bilik khas perlu lengkap dengan perkara berikut:
i. Carta Organisasi, Visi, Misi, Brosur.
ii. Senarai Inventori.
iii. Rekod penggunaan bilik / buku pelawat.
iv. Jadual tempahan bilik perlu dipamerkan.
v. Kunci perlu didaftarkan dan tidak diberi kepada murid.
26.2 Guru-guru bilik khas termasuk guru kelas bertanggurigjawab atas keselamatan,
kebersihan dan keceriaan bilik berkenaan. Pastikan bilik sentiasa dikunci
apabila tidak digunakan.
26.3 Guru perlu membuat laporan segera kepada pihak pentadbiran jika ada
kerosakan atau sesuatu yang tidak selamat berlaku.
26.4 Kunci bilik-bilik khas perlu dipulang di pejabat apabila cuti sekolah atau
penyelaras bilik bercuti.
27.0 SURAT/ SURAT SIARAN SEKOLAH
27.1 Semua surat/ surat siaran sekolah kepada KPM/ JPN/PPD/ pihak luar/ Ibubapa/
penjaga murid mesti ditandatangani oleh Guru Besar.
27.2 Sekiranya Guru Besar tiada dan surat itu perlu dikeluarkan segera, Penolong
Kanan hendaklah menandatangani surat berkenaan bagi pihak Guru Besar.
27.3 Surat siaran PIBG kepada ibu bapa / penjaga hendaklah ditandatangani oleh
YDP PIBG dan salinan kepada Guru Besar.
27.4 Semua surat kepada pihak luar untuk tujuan memohon sumbangan/ derma
mesti ditandatangani oleh Guru Besar sahaja.
28.0 PENGURUSAN KEHADIRAN MURID
28.1 Rekod kehadiran murid menggunakan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
SPI 1/2019.
28.2 Guru kelas dan Guru Data merupakan pengguna utama dalam sistem APDM
ini. Mereka yang akan mengendalikan data murid.
28.3 Guru Kelas menguruskan e-Kehadiran:
i. merekodkan kehadiran murid setiap hari
ii. menukar kelas murid
iii. tambah atau mendaftar rekod murid
20 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah