Page 21 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 21
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
5.5.3 Cuti Khas Isteri Bersalin
Diberikan selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota
perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat
dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada 5 kali dan tertakluk
kepada kepentingan perkhidmatan.
5.6 Cuti Tanpa Gaji/Cuti Separuh Gaji
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009.
5.7 Cuti Kuarantin
Penambahbaikan Kemudahan Cuti Kuarantin merujuk surat edaran
JPA.SARAAN(S)43/35 Jld.12(8) bertarikh 4 Mac 2022.
6.0 KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH/ URUSAN PERIBADI
6.1 Guru dan AKP 'TIDAK BOLEH' keluar/meninggalkan kawasan sekolah atas
urusan peribadi.
6.2 Kebenaran perlu diperoleh daripada Guru Besar/GPK bertanggungjawab dan
dibenarkan untuk kes-kes kecemasan seperti menziarah jenazah keluarga
terdekat, mesyuarat, kursus atau seumpama.
6.3 Tulis sebab keluar dalam Kad Keluar, rakamkan waktu keluar/ masuk dengan
mengetik KPW. Isi borang kebenaran keluar untuk diserahkan kepada
Pengawal Keselamatan semasa keluar sekolah.
7.0 MENGHADIRI MESYUARAT, KURSUS, SEMINAR, BENGKEL
7.1 Guru yang berkenaan wajib hadir apabila diarahkan, misalnya menghadiri
mesyuarat, kursus atau yang seumpamanya di Jabatan Pelajaran atau di
sekolah-sekolah lain Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya. Penggantian hanya dengan arahan Pengetua/Guru Besar.
7.2 Guru berkenaan perlu menyediakan MlNIT CURAI dan serahkan kepada GPK
berkenaan dalam tempoh tiga hari bekerja. Maklumat dalam minit curai
tersebut hendaklah dilaporkan kepada Pengetua/Guru Besar/GPK /GKMP yang
berkenaan.
7.3 Guru berkenaan perlu mengadakan latihan dalaman kepada guru-guru lain
mengikut keperluan. Maklumkan Pengetua/Guru Besar/GPK tarikh dan masa
pelaksanaannya.
7.4 Dokumen yang diperoleh semasa taklimat hendaklah diserahkan kepada pihak
sekolah untuk direkodkan dan diambil tindakan selanjutnya.
7.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan
tugasan untuk murid dan diserahkan kepada KP untuk digunakan oleh guru
relief.
7.6 Guru-guru/GPK/ KP yang mendapat surat arahan menghadiri kursus atau yang
seumpamanya daripada JPN/ PPD/ KPM mesti memaklumkan kepada
Pengetua/Guru Besar terlebih dahulu.
8.0 URUSAN DENGAN PPD/JPN/KPM
8.1 Guru dan AKP yang perlu berurusan dengan pihak PPD/JPN/KPM hendaklah
dalam pengetahuan dan dengan kebenaran Guru Besar/GPK.
8.2 Guru dan AKP hendaklah sentiasa menjaga imej sekolah dan profesion masing-
masing dalam apa-apa jua urusan di peringkat PPD/JPN/KPM.
15 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah