Page 20 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 20
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
vii. Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
viii. Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
ix. Perkahwinan guru atau anak guru tesebut.
5.1.4 CRK mesti dipohon daripada Guru Besar sahaja dengan berjumpa
secara peribadi.
5.1.5 Kes kecemasan (kemalangan, kematian atau musibah yang tidak
dijangka) perlu dimaklumkan melalui telefon dan perlu mengisi borang
CRK sebaik sahaja embali bertugas.
5.1.6 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal (3 hari) sebelum, kecuali kes-
kes kecemasan. Tuliskan sebab-sebab bercuti.
5.2 Cuti Penggal Persekolahan
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP) 0046 SJ/A(30)
bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal
persekolahan untuk menggantikan cuti rehat. Namun guru boleh dipanggil
bertugas oleh Pengetua/Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah
cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain mengajar biasa
(Perintah Am 50(a) Bab C).
5.3 Cuti Sakit
5.3.1 Cuti atas sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau kuasa
tertentu bila seseorang pegawai itu disahkan oleh seseorang pegawai
perubatan atau oleh Lembaga Perubatan (Bab F) atau ahli Panel Doktor
sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya.
Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima seperti dalam
Perintah Am 1(xi).
Cuti sakit perlu dimuat naik melalui telegram/whatsapp kepada
Pengetua/Guru Besar setelah mendapat cuti sakit dan perlu
diserahkan segera kepada Pengetua/Guru Besar setelah hadir ke
sekolah.
5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15
hari dalam setahun. Selepas 15 hari, sijil sakit perlu disahkan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan.
5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau
putus- putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran.
5.4 Cuti Ke Luar Negara
Guru-guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sekiranya ingin
bercuti ke luar negara sama ada ketika cuti sekolah atau cuti penggal
persekolahan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah
selewat-lewatnya 5 minggu sebelum tarikh bercuti.
5.5 Cuti Tanpa Rekod
5.5.1 [Perintah Am 42(a) Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.
5.5.2 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat seperti
suami atau isteri, anak-anak, ibu atau bapa kandung serta ibu atau bapa
mentua. Cuti yang diberikan selama 3 hari. Pengiraan cuti termasuk hari
rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan
14 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah