Page 24 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 24

SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
                                                               BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
                15.0  BUKU LATIHAN / NOTA MURID / BUKU KERJA
                        15.1   Buku-buku  nota/latihan  murid  hendaklah  sentiasa  disemak  dengan  teliti  dan
                               dikembalikan kepada murid.
                        15.2   Guru  perlu  menurunkan  tandatangan  ringkas  dan  tarikh  di  dalam  buku/nota
                               yang telah disemak.
                        15.3   Pentadbir sekolah akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual

                16.0  WAKTU TIDAK MENGAJAR
                        16.1   Pekeliling Ikhtisas bil. 3/1981 menjelaskan bahawa non teaching period adalah
                               waktu bekerja. Oleh itu guru dikehendaki menggunakan masa ini untuk:
                                i.   Menggantikan guru yang tidak hadir
                               ii.   Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku,
                                     membuat  nota  mengajar,  menyediakan  alat  bantu  mengajar  dan
                                     sebagainya.
                               iii.  Memeriksa buku latihan murid-murid.
                               iv.   Mengadakan  pertemuan  khas  dengan  murid  yang  bermasalah  dalam
                                     mata pelajaran yang diajar.
                               v.    Penyediaan aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum
                               vi.   Perbincangan  secara  profesional  dengan  rakan  sejawat  mengenai
                                     masalah  murid,  perancangan  PdPc,  masalah  akademik,  panitia  dan
                                     kokurikulum.
                              vii.   Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar.

                17.0  GURU GANTI (RELIEF)
                        17.1   Jadual  guru  ganti  adalah  tanggungjawab  bersama,  terima  dengan  penuh
                               tanggungjawab dan rasa setiakawan.
                        17.2   Guru Ganti MESTI  MASUK KELAS dan melaksanakan PdPc menggunakan
                               bahan mengikut MMI.
                        17.3   Guru Ganti perlu merekodkan perkara 13.7 di dalam e-RPH.

                18.0  TUGAS MENGAWAS PENTAKSIRAN/PEPERIKSAAN (UASA)
                        18.1   Tugas mengawas peperiksaan awam adalah tanggungjawab semua guru.
                        18.2   Tugas ini tidak boleh dikecualikan kecuali guru sarat mengandung, sakit yang
                               serius atau sedang berkursus.
                        18.3   Guru  yang  telah  dilantik  sebagai  pengawas  peperiksaan  awam  tidak  boleh
                               bercuti.
                        18.4   Guru  mesti  melaksanakan  tugas  pengawasan  dengan  penuh  etika  dan
                               bertanggungjawab.


                19.0  KEGIATAN KOKURIKULUM
                        19.1   Semua guru akan ditugaskan menjadi Guru Penasihat Unit-Unit Kokurikulum.
                               Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap.
                        19.2   Guru  wajib  hadir  kegiatan  kokurikulum dan memantau  murid  melaksanakan
                               aktiviti kokurikulum.
                        19.3   Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum ditulis oleh murid
                               dan mengesahkan laporan tersebut.
                        19.4   Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu
                               untuk disemak dan disimpan dalam bilik GPK Kokurikulum.






               18                                                SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29