Page 28 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 28
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
30.3 Semua guru dan AKP sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan
kawasan sekolah.
31.0 SURAT-MENYURAT
31.1 Surat Keluar
31.1.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letter head sekolah hendaklah
ditandatangani oleh Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak-pihak
berkenaan.
31.1.2 Memastikan salinan surat dimasukkan dalam fail yang berkaitan.
31.2 Surat Yang Diterima
31.2.1 Surat yang diterima oleh sekolah akan diedar kepada guru untuk
diambil tindakan. Oleh itu, guru berkenaan hendaklah mengambil
tindakan surat-surat tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan.
31.2.2 Surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan “melalui
dan kepada”. Oleh itu, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil
Tindakan.
31.2.3 Semua surat yang diterima semasa guru menghadiri mesyuarat /
taklimat luar perlu dicatat dalam buku penerimaan pejabat untuk
disampaikan kepada guru yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
32.0 PELAWAT/JURUJUAL
Semua pelawat mesti berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu. Guru tidak
dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan
kebenaran Guru Besar.
33.0 PERATURAN PEMBELIAN BARANG
33.1 Guru/AKP yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran terlebih
dahulu dengan mengemukakan nota minta/borang pesanan dalaman yang
boleh didapati di pejabat sekolah untuk ditandatangani oleh Ketua Panitia/ Guru
Penolong Kanan berkaitan sebelum diluluskan oleh Guru Besar. Guru-guru /
AKP tidak boleh membuat pesanan sendiri dengan sesebuah syarikat tanpa
melalui Guru Penolong Kanan. Guru Penolong Kanan wajib mendapat sebut
harga untuk pembelian sesuatu barang yang harganya lebih daripada RM
500.00 untuk 1 unit.
33.2 Pembelian barang melalui koperasi hendaklah menggunakan borang
permohonan yang disediakan dan mendapat kelulusan daripada Guru
Besar.(Jika berkaitan)
33.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order
/ LO).
33.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima, rekodkan No.
Daftar Stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang
diterima hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan
kemas.
33.5 Pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit perlu kebenaran Guru Besar dan
tidak boleh melebihi nilai RM 100.00 untuk tuntutan semula.
33.6 Ketua Panitia atau setiausaha bertanggungjawab menguruskan buku
stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah
tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini. (Setiap pembelian dan keluar masuk
barang hendaklah direkodkan dengan serta merta).
22 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah