Page 23 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 23
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
12.0 WAKTU PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)
12.1 Guru masa pertama hendaklah masuk ke kelas bersama-sama murid dan
pastikan kelas berada dalam keadaan bersih, teratur dan kondusif, bilangan
murid akur dengan kehadiran murid dan dicatatkan dalam Buku Kawalan Kelas
(BKK) sebelum PdPc dmulakan.
12.2 Guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan.
12.3 Guru dilarang meninggalkan kelas untuk apa-apa tujuan kecuali kes-kes
kecemasan dan perlu memaklumkan kepada Guru Besar/GPK/KP yang
berkenaan.
12.4 Guru yang berkesan adalah guru yang membuat persediaan untuk menjalankan
PdPc selepas memastikan kelas dalam keadaan bersih dan selesa.
12.5 Guru perlu menulis Objektif Pembelajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK) di
papan putih sebelum PdPc bermula.
13.0 e-RPH (GC)
13.1 e-RPH adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua maklumat hendaklah
disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.
13.2 e-RPH hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / GPK pada setiap minggu
(Sabtu, sebelum atau pada jam 12:00 tengah hari) untuk disemak dan
ditandatangani.
13.3 Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu:
Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Jadual Waktu Kelas
dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Biodata Diri, Senarai Nama Murid,
Penilaian PBD, Markah Pentaksiran/Ujian, TOV dan ETR murid dan maklumat-
maklumat lain dalam ruangan yang disediakan.
13.4 Semua guru wajib membaca dan memahami pekeliling yang disertakan dalam
fail dan menurunkan tandatangan ringkas tanda telah dibaca.
13.5 Ketua Panitia akan menyemak e-RPH dan Sukatan Pelajaran Tahunan (RPT)
dalam drive (sekiranya tertakluk).
13.6 Format terkini KSSR hendaklah digunakan urituk menyediakan e-RPH.
13.7 Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti perlu mencatat di dalam e-RPH
perkara berikut:
i. Mata pelajaran yang diganti
ii. Tahun/Darjah/Kelas
iii. Masa
13.8 Semua guru WAJIB menghantar E-RPH secara online untuk disemak pada hari
(Sabtu, sebelum atau pada jam 12:00 tengah hari) oleh pentadbir TANPA
GAGAL Jika tidak hantar TINDAKAN TATATERTIB akan diambil.
13.9 Jika seseorang guru bercuti, e-RPH tersebut hendaklah diserahkan kepada
GPK Pentadbiran untuk urusan guru pengganti.
13.10 Drive e-RPH hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir tahun
persekolahan. Laporkan segera kepada polis jika fail hilang.
14.0 JADUAL WAKTU MENGAJAR
14.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan
14.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran Guru Besar.
14.3 Guru Jadual Waktu hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu
persendirian guru untuk dipamerkan di bilik guru dan pejabat sekolah.
14.4 Satu set jadual waktu lengkap diserahkan kepada Guru Besar / GPK
Pentadbiran.
17 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah