Page 22 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 22

SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
                                                               BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
                9.0     PROGRAM RASMI SEKOLAH
                        9.1    Semua  guru  wajib  hadir  dalam  setiap  program  rasmi  sekolah  seperti  yang
                               terdapat dalam takwim sekolah.
                        9.2    Guru-guru perlu menandatangani kehadiran pada Rekod Kehadiran program
                               yang disediakan.
                        9.3    Jika  tidak  dapat  hadir  ke  sebarang  program  sekolah,  surat  permohonan
                               hendaklah  dikemukakan  sendiri  kepada  Pengetua/Guru  Besar  sebelum
                               program tersebut berlangsung. Lampirkan dokumen berkaitan ketidakhadiran.

                10.0  MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
                        10.1   Murid-murid berhak mendapat apa-apa yang sepatutnya dipelajari dalam kelas.
                               Oleh  itu  guru  bertanggungjawab  memastikan  PdPc  dilaksanakan  dengan
                               berkesan.
                        10.2   Menepati masa ke kelas amat dituntut kerana masa PdPc adalah hak murid-
                               murid. Sekiranya guru tiada di sekolah kerana berkursus / cuti rehat / menghadiri
                               mesyuarat / menjalankan tugas di luar, guru perlu menyediakan 3 set bahan
                               bagi kelas berkenaan untuk diambil alih oleh guru ganti.
                        10.3   Guru  bertanggungjawab  menggantikan  kelas  yang  ditinggalkan  dan
                               menghabiskan sukatan pelajaran yang ditetapkan.
                        10.4   Guru  perlu  melindungi  masa  instruksional  -  pastikan  guru-guru  membuat
                               persediaan sebelum masuk ke kelas. Kepentingan murid perlu diutamakan.
                        10.5   Guru perlu menyediakan 3 bahan MMI dan diserahkan kepada KP. Bahan perlu
                               ditambah jika bahan terdahulu telah diguna pakai.
                        10.6   Guru  perlu  membincangkan  bahan  MMI  dengan  murid  setelah  kembali  ke
                               sekolah


                11.0  PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
                        11.1   Perhimpunan  sekolah  yang  diadakan  pada  setiap  hari  Isnin  waktu  pertama
                               persekolahan adalah satu majlis rasmi.
                        11.2   Semua  guru  dan  murid  diwajibkan  menghadiri  perhimpunan  sekolah  dan
                               memberi  perhatian  kepada  pengumuman  atau  aktiviti  yang  dibuat  serta
                               mengambil  tindakan  yang  sesuai.  Guru-guru  dan  murid-murid  dilarang
                               bercakap sesama sendiri atau membuat kerja-kerja lain semasa perhimpunan.
                        11.3   Semua guru hendaklah memakai pakaian rasmi (bagi guru lelaki dikehendaki
                               memakai tali leher) semasa perhimpunan sekolah.
                        11.4   Guru Darjah, Guru Bertugas dan Guru Disiplin bertanggungjawab menentukan
                               setiap murid mengikut peraturan perhimpunan seperti murid berbaris mengikut
                               kelas dengan penuh disiplin, teratur dan sentiasa dalam keadaan senyap.
                        11.5   Guru Bertugas Mingguan adalah bertanggungjawab memastikan perhimpunan
                               berjalan dengan lancar mengikut aturcara seperti  di bawah. Juruacara majlis
                               digalakkan terdiri daripada pengawas sekolah.
                        11.6   Aturcara Perhimpunan:-(Rujuk Tatacara Pentadbiran Perhimpunan)
                               i.  Bacaan Doa (oleh pengawas/ murid)
                               ii.  Nyanyian lagu Kebangsaan (Jalur Gemilang dinaikkan) dan lagu Wilayah
                                   Persekutuan Kuala Lumpur
                               iii. Ikrar Rukun Negara / Ikrar Keselamatan dan Ikrar Murid
                               iv. Laporan dan pengumuman guru bertugas
                               v.  Laporan dan pengumuman guru-guru lain (sekiranya ada)
                               vi. Majlis atau Penyampaian sijil, hadiah dan lain-lain (sekiranya ada)
                               vii. Ucapan Guru Besar / Guru Penolong Kanan
                               viii. Lagu Sekolah
                        11.7   Pasukan  Badan  Beruniform  (PBB)  akan  mengendalikan  perhimpunan  pada
                               minggu ke-3 mengikut penggiliran di bawah Unit Kokurilum.
               16                                                SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27