Page 18 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 18
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
PENTADBIRAN AM UNTUK GURU DAN AKP SK DATOK KERAMAT (1)
1.0 Arahan Am
1.1 Selaku pegawai kerajaan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) adalah
tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan, oleh itu
semua guru dan AKP dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi
Perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan AKP hendaklah membaca, memahami dan boleh mentafsirkan
dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan
menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau
mata pencarian semata-mata.
1.4 Semua guru dan AKP hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
perkhidmatan cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Visi, Misi, Moto, Falsafah, Objektif
dan Piagam Pelanggan Sekolah, Fasafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan
Pendidikan Kebangsaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 -
2025 dan Dasar-dasar kerajaan terkini.
1.6 Semua guru dan AKP dikehendaki meletakkan kepentingan tugas lebih
daripada kepentingan diri sendiri.
1.7 Semua guru dan AKP dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin
keselamatan murid ketika belajar dl sekolah dan menjaga keselamatan harta
benda sekolah.
1.8 Semua guru dan AKP hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang
berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas
2.0 Waktu Rasmi Persekolahan
Waktu rasmi persekolahan murid adalah seperti dalam jadual
TAHUN HARI MASA PERSEKOLAHAN
Isnin 7.40 – 1.00 tengah hari
Tahun 1. 2 dan 3 Selasa hingga 7.40 – 12.30 tengah hari
Khamis
Jumaat 7.40 – 12.00 tengah hari
Isnin 7.40 – 1.30 tengah hari
Selasa hingga
Tahun 4, 5 dan 6 7.40 – 1.00 tengah hari
Khamis
Jumaat 7.40 – 12.00 tengah hari
3.0 Waktu Bertugas
3.1 Waktu bertugas rasmi guru-guru:
Isnin – Khamis: 7:20 pagi – 2:00 petang
Rabu (Kokurikulum): 1:15 tengah hari – 3.15 petang
Jumaat: 7:20 pagi -12:15 tengah hari
AKP: Mengikut Waktu Bekerja Fleksi (WBF) yang dipilih
12 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah