Page 19 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 19

SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
                                                               BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
                        3.2    Sistem Kad Perakam Waktu (KPW)
                               3.2.1  Semua  guru/AKP  wajib  merakam  waktu  hadir  dan  balik  dengan
                                      mengetik KPW
                               3.2.2  Tidak  boleh  menolong  mengetikkan  KPW  orang  lain  dan  amaran
                                      sewajarnya akan tertulis pada KPW.
                               3.2.3  Jika seseorang guru / AKP masuk atau keluar pejabat tidak mengikut
                                      waktu  biasa,  catatan  ringkas  perlu  ditulis  dan  dapatkan  tandatangan
                                      Pengetua/Guru Besar atau PKP sebagai pengesahan kebenaran.
                               3.2.4  Semua  warga  guru/AKP  wajib  memahami  dan  mematuhi  Surat
                                      Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981, Sistem Penggunaan Kad Perakam
                                      Waktu (Punch Card) agar warna KPW tidak ditukar kepada hijau atau
                                      merah  atau dikenakan  tindakan  tatatertib mengikut  Perintah  Am Bab
                                      "D".
                               3.2.5  Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum/kelas tambahan perlu
                                      juga merakam kehadiran dengan mengetikkan KPW.


                4.0     Tidak Hadir Bertugas
                        4.1    Semua  guru/AKP  wajib  memohon  kebenaran  untuk  bercuti  dan  mengisi
                               maklumat cuti dalam HRMIS online selepas mendapatkan kelulusan daripada
                               pengetua/Guru Besar
                        4.2    Penyerahan sijil cuti sakit/bukti tidak dapat hadir kepada Pengetua/Guru
                               Besar / GPK Pentadbiran keesokannya untuk direkodkan.
                        4.3    Guru perlu memaklumkan kepada GPK Pentadbiran dan memberi tahu kepada
                               Pengetua/Guru  Besar  sekiranya  mereka  tidak  dapat  hadir  bertugas.  Hal  ini
                               penting bagi tujuan penyediaan guru ganti


                5.0     Panduan Cuti
                        5.1    Guru - Cuti Rehat Khas (CRK)
                               5.1.1  Cuti  Rehat  Khas  telah  diperuntukan  di  bawah  SPI  8/2017.  Mulai  1
                                      September  2022  di  bawah  Ceraian  SR5.1.5  kelayakan  CRK  telah
                                      ditambah baik iaitu:


                                                                               Kadar
                                         Perkhidmatan        Kurang 10 Tahun            Lebih 10 tahun
                                                               Perkhidmatan             perkhidmatan
                                            Pegawai
                                         Perkhidmatan             10 hari                   15 hari
                                           Pendidikan

                               5.1.2  CRK layak dipohon dan kelulusan atas budi bicara Pengetua/Guru Besar
                               5.1.3  Kelulusan  permohonan  dipertimbangkan  dengan  syarat  tidak
                                      menjejaskan tugas dan perjalanan sekolah. CRK diberikan bagi tujuan-
                                      tujuan berikut:
                                      i.  Menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat
                                          atau meninggal dunia;
                                      ii.  Mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan;
                                     iii.  Menghadiri upacara keagamaan;
                                     iv.  Dalam  keadaan  kecemasan  atau  kemalangan  yang  menimpa
                                          seperti kebakaran, banjir dan sebagainya;
                                      v.  Menghadiri majlis konvokesyen bagi guru atau ahli keluarga;
                                     vi.  Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam
                                          atau di luar negara);

               13                                                SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24