Page 25 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 25

SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
                                                               BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
                20.0  SURAT/ PEKELILING/ BORANG UNTUK TINDAKAN
                        20.1   Guru perlu bertindak dengan segera apabila diminitkan untuk Tindakan.
                        20.2   Guru perlu berbincang dengan GPK untuk mendapatkan maklumat lengkap.
                        20.3   Semua borang perlu bertaip dan perlu disediakan surat iringan.
                        20.4   Tindakan perlu selesai sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima panggilan
                               daripada pihak berkenaan.

                21.0  ETIKA BERPAKAIAN SEMASA BERTUGAS
                        21.1   Semua guru dan AKP dikehendaki berpakaian kemas dan berkasut mengikut
                               Etika Pemakaian Penjawat Awam.
                        21.2   Semua guru dan AKP perlu sentiasa memakai tanda nama.
                        21.3   Semua guru perlu mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 dan SPI Bil 7/2001.
                        21.4   Pakaian semasa menghadiri mesyuarat, hendaklah pakaian waktu bekerja.
                        21.5   Semua  guru  digalakkan  memakai  seragam  Unit  Beruniform  pada  hari  Rabu
                               yang melaksanakan aktiviti Unit uniform.
                        21.6   Semua  guru  dan  AKP  digalakkan  berpakaian  baju  batik  Malaysia  pada  hari
                               Khamis.
                        21.7   Guru-guru  dan  AKP  hendaklah  mengenakan  pakaian  yang  sesuai  semasa
                               aktiviti luar bilik darjah seperti aktiviti sukan dan gotong royong. Pakaian Jeans
                               adalah pakaian tidak formal dan tidak dibenarkan.


                22.0  KESELAMATAN MURID
                        22.1   Semua  guru  adalah  guru  disiplin  dan  guru  bimbingan.  Guru-guru  hendaklah
                               sentiasa memberi bimbingan dan mengamalkan budaya penyayang.
                        22.2   Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu
                               berada di dalam sekolah.
                        22.3   Jika   berlaku  kemalangan     atau   kecederaan  guru  diminta       segera
                               memaklumkannya  kepada  Guru  Besar  atau  Penolong-Penolong  Kanan,  ibu
                               bapa atau penjaga kepada murid berkenaan.
                        22.4   Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi.
                        22.5   Program  Latihan  Kebakaran/  Fire  Drill  wajib  diadakan  sekurang-kurangnya
                               setahun sekali.
                        22.6   Sebarang aktiviti murid seperti jamuan, lawatan dan penyertaan kokurikulum,
                               hendaklah  mendapat  kebenaran  daripada  Guru  Besar  dan  perlu  mematuhi
                               semua prosedur yang telah ditetapkan. Guru penasihat berkenaan hendaklah
                               bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program berkenaan.


                23.0  HUBUNGAN SESAMA GURU DAN AKP
                        23.1   Guru dan AKP sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang
                               baik dan sihat sepanjang masa demi mewujudkan iklim kerja yang harmoni di
                               samping mengukuhkan ukhuwah sesama rakan sekerja.
                        23.2   Guru  dan  AKP  tidak  dibenarkan  mempengaruhi  atau  memaksa  pandangan
                               /fahaman  /  pendapat  /  kepercayaan  mereka  kepada  sesama  rakan  ataupun
                               murid sekolah ini.
                        23.3   Perhubungan  yang  berbentuk  kumpulan  berdasarkan  kepada  kaum,  status
                               sosial, sosioekonomi, status akademik dan sebagainya adalah tidak dibenarkan
                               sama sekali wujud di sekolah.


                24.0  KEAHLIAN KKGS DAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
                        24.1   Semua guru dan AKP sekolah secara automatik menjadi ahli Kelab Kebajikan
                               Guru dan Staf manakala semua guru adalah ahli PIBG Sekolah.

               19                                                SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30