Page 48 - EBOOK HIMPUNAN PENEMUAN AUDIT BERULANG JKM
P. 48

PENEMUAN 14


            Arahan Pembayaran tidak dilampirkan dengan dokumen sokongan yang lengkap.




       RUJUKAN

                                             Arahan Perbendaharaan

              AP99(a) – Baucar Hendaklah Disokong Dengan Dokumen Sokongan Yang Lengkap

        Semua  baucar  atau  baucar  elektronik  hendaklah  disokong  dengan  dokumen  sokongan  yang
       lengkap untuk membolehkan ia disemak tanpa merujuk kepada apa-apa dokumen selain daripada
        yang  telah  dikembarkan  padanya.  Dalam  persekitaran  elektronik,  baucar  elektronik  beserta
       dokumen sokongan hendaklah disimpan dengan teratur dan selamat di jabatan penyedia.


             Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.7/2018 - Tatacara Pengurusan Bayaran
                            Lampiran A: Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran


       Perkara 2.12 Pembayaran dilakukan berdasarkan dokumen asal yang lengkap dan betul

        2.12.1 Pembayaran hanya boleh dilakukan berdasarkan kepada dokumen sokongan yang asal;


        2.12.2 Semua bil/ invois bagi bekalan/ perkhidmatan atau kerja telah dibekalkan/ disempurnakan
               hendaklah disahkan oleh pegawai yang dibenarkan;


        2.12.3 PTJ hendaklah memastikan baucar disediakan setelah semua dokumen lengkap diterima.
               Sekiranya dokumen sokongan tidak lengkap, PTJ hendaklah memaklumkan kepada pihak
               yang membuat tuntutan dengan segera; dan

        2.12.4 PTJ hendaklah memastikan bayaran kepada penerima disempurnakan dalam tempoh 14
               hari selaras dengan AP 103(a) setelah dokumen lengkap diterima.


           48     Himpunan Penemuan Audit Berulang Jabatan Kebajikan Masyarakat
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53