Page 53 - EBOOK HIMPUNAN PENEMUAN AUDIT BERULANG JKM
P. 53
PENEMUAN 17
Penyata penyesuaian akaun panjar tidak disediakan setiap bulan antara Buku Tunai
Panjar dengan Penyata Bank.
RUJUKAN
Arahan Perbendaharaan
AP113(d)(ii) – Pengendalian Panjar
Pada akhir tiap-tiap bulan, buku Tunai Panjar hendaklah disesuaikan dengan Penyata Bank jika
ada dan pemegang panjar hendaklah mengesahkan baki buku tunai dengan tunai sebenar.
Bayaran-bayaran dari Panjar hendaklah dilaraskan ke akaun perbelanjaan sebelum akhir tahun.
CONTOH KES
Semakan audit mendapati Penyata Penyesuaian Panjar Khas TBS bagi bulan Mei hingga Julai
2021 di PKMD tidak disediakan kerana ia telah dikemas kini dan dihantar secara dalam talian
melalui ‘Google Form’ berbentuk lembaran seperti yang diarahkan oleh Bahagian Akaun
Kementerian. Bagaimanapun, ia bercanggah dengan peraturan yang berkuatkuasa.
SYOR TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN
Jabatan disyorkan menyediakan Penyata Penyesuaian Panjar sebagaimana yang ditetapkan
dalam Arahan Perbendaharaan.
53 Himpunan Penemuan Audit Berulang Jabatan Kebajikan Masyarakat