Page 54 - EBOOK HIMPUNAN PENEMUAN AUDIT BERULANG JKM
P. 54
PENEMUAN 18
Pegawai yang melaksanakan tugas kewangan tidak diberikan kuasa secara bertulis.
RUJUKAN
Arahan Perbendaharaan
AP11- Pegawai Pengawal
(a) Kewajipan kewangan dan perakaunan bagi pegawai-pegawai bawahan yang bekerja di
bawah seseorang Pegawai Pengawal mestilah dinyatakan dengan jelas olehnya, dan
khususnya setakat mana mereka itu dibenarkan menjalankan bagi pihaknya, tugas-tugas
yang menjadi tanggungjawabnya mestilah dinyatakan dengan bertulis.
(b) Sekiranya berlaku sesuatu luar aturan, Pegawai Pengawal sepatutnya boleh menentukan
dengan mudah siapakah yang bertanggungjawab; jika tidak ia sendiri mungkin kena
mengganti apa-apa kehilangan. Ada kemungkinan dalam sesuatu jabatan yang besar
Pegawai Pengawal sendiri menjalankan sedikit sahaja atau tidak langsung menjalankan
kerja-kerja kewangan sehari-hari tetapi arahan-arahan yang tetap bagi jabatannya atas
perkara itu mestilah diluluskan olehnya sendiri dan sama ada arahan-arahan itu memberi
kesan atau tidak mestilah sentiasa menjadi tanggungjawabnya.
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.6/2018 - Tatacara Pengurusan Penetapan Kuasa
dan Tugas Pegawai Pengawal Kepada Pegawai Perakaunan Di Bawah Kawalannya (AP 11)
Lampiran A – Perkara 3.1: Dokumen Penetapan Kuasa dan Tugas menjadi asas kepada rujukan
Penetapan Kuasa Dan Tugas Pegawai Pengawal kepada Pegawai Perakaunan di bawah
kawalannya. Perenggan 3.2 juga menyatakan tanggungjawab Ketua Jabatan/Pemegang Waran
Peruntukan PTJ/Pemungut menyelenggara Kebenaran Khusus Secara Bertulis bagi menyokong
Jadual Penetapan Kuasa Dan Tugas Pegawai Pengawal kepada Pegawai Perakaunan dengan
menyediakan butir-butir nama, jawatan dan lain-lain yang berkenaan dinyatakan supaya
Penetapan Kuasa dan Tugas dalam format AP 11 tersebut lebih jelas.
54 Himpunan Penemuan Audit Berulang Jabatan Kebajikan Masyarakat