Page 367 - Z-009-1-2017
P. 367

NO. KOD  / CODE NO.              Z-009-1:2015–M02/P(3/3)          Muka surat / Page :
                                                                              Drpd / of                 :  11

                         menangani isu-isu yang memberi kesan kepada keseluruhan organisasi.
                         Sebagai contoh, satu pasukan campuran atau bersilang fungsi ditubuhkan

                         melibatkan pekerja daripada bahagian pengeluaran, pemasaran, akaun,

                         penyelidikan dan pembangunan, pejabat Ketua Pegawai Eksekutif dan lain-
                         lain. Pasukan ini dipimpin oleh seorang  fasilitator terdiri daripada seorang

                         pengurus, dengan pemimpin-pemimpin yang dilantik untuk kumpulan kerja
                         yang berbeza dalam pasukan. Keputusan lebih kepada berasaskan

                         persetujuan bersama.





                1.3  Pasukan boleh sama ada diselia atau diurus sendiri.


                      i.  Pasukan selia akan berada di bawah arahan seorang pengurus yang
                          bertanggungjawab untuk membimbing pasukan dalam menetapkan

                          matlamat, melaksanakan aktiviti-aktiviti kerja yang perlu dan menilai
                          prestasi.





                      ii.  Pasukan kendiri atau diurus sendiri semakin biasa digunakan dalam

                          syarikat. Pasukan ini adalah pasukan formal pekerja yang beroperasi tanpa
                          pengurus untuk melaksanakan proses  kerja, atau segmen penyampaian

                          produk dan perkhidmatan kepada pelanggan dalaman atau luaran.
                          Pasukan yang diurus sendiri ini bertanggungjawab untuk menyiapkan kerja

                          dan membuat pengurusan sendiri.



              2.     Konsep Kerja Berpasukan





                     Pasukan yang baik membolehkan setiap  ahli bertindak lebih daripada sebagai

                     individu. Ini kerana Semangat Berkumpulan bermakna setiap ahli memerlukan
                     satu sama lain, saling sokong menyokong, mempunyai motivasi yang tinggi

                     untuk mencapai wawasan dan memperoleh semangat yang tinggi.








                                                           34
   362   363   364   365   366   367   368   369   370   371   372