Page 371 - Z-009-1-2017
P. 371
NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015–M02/P(3/3) Muka surat / Page :
Drpd / of : 11
i) Menyokong Ketua Pasukan dalam melaksanakan tugasan, termasuk
memberi maklum balas dan cadangan.
ii) Membekalkan idea-idea dan kepakaran mengikut kebolehan masing-
masing.
iii) Perlaksanaan Strategi yang berkualiti tinggi.
iv) Bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan tugasan mereka
dalam sesuatu projek.
v) Komitmen kepada matlamat pasukan.
vi) Kerjasama rapat dan memberi sokongan kepada ahli-ahli pasukan.
vii) Mewujudkan budaya berpasukan yang sihat dan hubungan yang baik
antara ahli-ahli.
4. Perkongsian Maklumat
Pasukan yang efektif bercirikan komunikasi yang baik. Ahli-ahli dapat
menyampaikan mesej antara satu sama lain dalam bentuk yang jelas dan mudah
difahami. Ini termasuk mesej bukan lisan serta mesej pertuturan.
4.1 Ahli-ahli juga mengambil tanggungjawab ke atas penyebaran maklumat
yang berkaitan kepada pihak-pihak yang memerlukannya. Mereka juga perlu
membuat semakan sama ada ahli-ahli pasukan yang lain tahu mengenainya.
Salah faham atau tiada komunikasi jarang berlaku dalam pasukan yang efektif.
4.2 Komunikasi budaya keterbukaan wujud dalam pasukan berprestasi tinggi.
Ahli-ahli dapat dengan cepat dan cekap berkongsi idea dan perasaan secara
terus dan diberi jaminan bahawa pandangan mereka diambil kira, tanpa
prapertimbangan. Dengan ada suasana terbuka ini, mereka berasa yakin untuk
mencadangkan sesuatu yang kreatif atau berbeza.
38