Page 373 - Z-009-1-2017
P. 373
NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015–M02/P(3/3) Muka surat / Page :
Drpd / of : 11
ii) Peringkat mengeluarkan idea secara bebas. Sumbang saran
adalah pengaliran idea tanpa kongkongan tanpa mengendahkan
pertimbangan kritikal.
iii) Penilaian ke atas idea yang boleh dilaksanakan bagi permasalahan
yang tidak munasabah, mustahil dan yang berkemungkinan.
Senarai pendek idea-idea ini boleh diperbaiki lagi dengan
perbincangan lebih mendalam.
6. Komunikasi Sosio-Budaya
Pasukan-pasukan yang ahli-ahlinya lebih pelbagai, lebih tinggi risiko terjadinya
salah faham dan salah tafsir sama ada melalui komunikasi secara lisan atau
bukan lisan. Ini kerana masing-masing terdiri daripada latar belakang yang
berbeza yang mempunyai kebiasaan dalam komunikasi mereka sama ada
secara lisan atau bukan lisan.
6.1 Sebagai contoh, menjadi tradisi di Malaysia, ia boleh dianggap tidak
menghormati apabila mengkritik atau tidak setuju secara terbuka, dan ia
dianggap boleh diterima untuk memberi komitmen yang samar-samar. Lebih
halus komunikasi yang digunakan oleh mereka berlatarbelakangkan tradisi, lebih
berkemungkinan ia tidak difahami dengan baik oleh mereka daripada latar
belakang yang lebih moden. Mereka yang berlatarbelakangkan tradisi mungkin
juga berasa kecewa dengan kelangsungan dan ketegasan komunikasi mereka
yang lebih moden.
6.2 Dalam pasukan campuran, adalah penting untuk fasilitator atau pengurus
pasukan menetapkan peraturan-peraturan asas yang jelas mengenai
komunikasi, khusus mengenai:
i. Menjaga kejelasan apa yang dikatakan
ii. Kelangsungan (terus ke maksud)
40