Page 368 - Z-009-1-2017
P. 368

NO. KOD  / CODE NO.              Z-009-1:2015–M02/P(3/3)          Muka surat / Page :
                                                                              Drpd / of                 :  11

                     2.1    Pasukan kerja amat penting kepada  syarikat-syarikat kerana keputusan
                     yang lebih baik dan lebih cepat dapat dibuat oleh mereka yang dekat dengan isu

                     tersebut dan membolehkan para pengurus memberi tumpuan kepada perkara-

                     perkara strategik dan perkara-perkara jangka panjang.



                     2.2    Penggunaan pasukan campuran dan bersilang fungsi dapat menghasilkan

                     idea-idea lebih inovatif dan keputusan yang lebih baik daripada sekiranya ahli
                     bertindak bersendirian. Ini kesan daripada hasil perkongsian pengalaman dan

                     pengetahuan yang berbeza dan penggunaan perspektif  yang berbeza untuk
                     mempertimbangkan fakta-fakta.




                     2.3  Ciri-ciri pasukan yang efektif antaranya:


                            i)     Tujuan yang sama. Semua ahli pasukan jelas tentang wawasan
                                   dan matlamat pasukan, daripada gambaran yang besar hingga

                                   pencapaian yang perlu dicapai di sepanjang jalan.





                            ii)    Peranan yang jelas. Ahli pasukan mengetahui apa yang
                                   diharapkan      daripada     setiap    ahli   yang     lain,   terdapat

                                   kebertanggungjawaban dan  tidak ada duplikasi  yang tidak perlu
                                   atau ahli yang tidak berfungsi.





                            iii)   Proses pasukan yang jelas. Ahli pasukan bukan sahaja tahu

                                   mengapa dan apa yang mereka akan capai, mereka juga tahu
                                   bagaimana mereka akan mencapainya.





                            iv)    Hubungan      mantap.     Ahli-ahli dalam pasukan yang efektif
                                   mempunyai hubungan yang baik,  baik hati dan mengambil berat

                                   terhadap satu sama lain.







                                                           35
   363   364   365   366   367   368   369   370   371   372   373