Page 1 - sejarah spm 2018 nota
P. 1

TINGKATAN 4


                                 BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

               ****(/) SPM 2017 HWANG HO: 1. NAMA BANDAR 2. SEBAB LETAK DI TEPI SUNGAI

                                                                         3. SUMBANGAN DALAM BIDANG PERTANIAN

               1. a.Apakah makna tamadun. ****2018

               1. Tamadun bererti peradaban.
               2. Perkataan TAMADUN daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana. Rumusannya

                   bermaksud ‘tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
               3. CIVILIZATION ( dalam bahasa Inggeris) daripada perkataan Greek iaitu civitas bermaksud bandar.

               4. Konsep tamadun barat ialah pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti undang – undang dan
                   pembandaran.

               5. Orang barat menolak kemajuan rohaniah.
               6. Menurut Gordon Childe- pencapaian lahiriah sebagai kayu ukur kemajuan tamadun sesebuah

                    masyarakat.

               7. Darcy Ribero dan R.A Buchanan- menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses
                   perkembangan tamadun
               8. Orang barat yang menyokong kemajuan rohaniah ialah Richard Sullivan

               9. Konsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah, Islam juga mengambil kira kemajuan

                   tatasusila dan kebudayaan yang luhur.


               b. Apakah ciri – ciri tamadun.(*****2018)

               1. Pembentukan tamadun – hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.
               2. Petempatan kekal – corak hidupnya sistematik, bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian

                   dan penternakan, menyimpan makanan dan mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi pengairan
                   dan lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk.

               3. Kehidupan berorganisasi – merangkumi sosial, ekonomi dan politik. Hidup mereka stabil dan
                    makmur, bermula dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk bertambah

                    dan ekonomi pelbagai. Sistem sosial berbentuk piramid, bangsawan diketuai oleh raja (atas sekali)
                    pembesar seperti ahli agama, ketua keluarga/kelompok, pentadbir,ilmuan, pakar seni(kedua), rakyat

                    biasa seperti petani dan pedagang (ketiga) dan hamba (bawah sekali).
               4. Sistem Pemerintahan – untuk menjalankan pentadbiran. Ketua menggunakan unsur magis dan

                                                              1
   1   2   3   4   5   6