Page 2 - E-Book_Neat
P. 2

TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM


                       TIPS      1:    KEINGINAN

                       MENULIS





                       Berkarya, Bakat Atau Minat?

                       Itulah  persoalan  yang  dilontarkan

                       dan   pastinya   menarik   minat
                       khalayak untuk dikongsi bersama.

                       Sebenarnya,   minat  atau  bakat
                       merupakan  satu  istilah  yang  kompleks  tetapi  subjektif  dan  sukar  diekspresikan  secara

                       formulasi  (ringkas  dan  tepat).  Kita  sedia  maklum  bahawa  minat  dan  bakat  memberi
                       konotasi  yang  komparatif.  Ia  bergantung  kepada  setiap  individu  itu  sendiri.  Malah,

                       kadang-kadang ianya berubah mengikut persepsi mentaliti masing-masing.




                       Dari  istana  peristilahan,  minat  merujuk  akan  keinginan  kepada  sesuatu  manakala  bakat
                       pula  ditafsirkan  sebagai  kebolehan  semulajadi.  Di  sini  jelas  bahawa  bakat  dan  minat

                       memberi maknawi yang berbeza. Barangkali, minat mungkin juga boleh dikaitkan dengan
                       aspek  naluri.  Apa  itu  naluri?  Satu  lagi  persoalan  yang  mungkin  juga  boleh  dikongsi

                       bersama.  Naluri  merupakan  kuasa  semulajadi  biologi  yang  mendorong  seseorang
                       bertindak  mengikut  satu-satu  cara  (Hilgord,  1979).  Walaubagaimanapun,  Fantino  pula

                       mentakrifkan naluri sebagai pola tingkahlaku yang semulajadi dan bukanlah sesuatu yang
                       dipelajari.  Daripada  kedua-kedua  perspektif  ini  (Minat  dan  naluri),  kita  seolah-olah

                       menemukan satu konotasi yang hampir sama iaitu keinginan dalaman.




                       Sebagai  manusia  normal,  kita  dianugerahkan  pelbagai  jenis  naluri.  Salah  satunya  ialah
                       naluri ingin tahu. Kehadiran naluri ini mendorong manusia ingin menyiasat, mencuba dan

                       meneroka.  Begitu  juga  dengan  skop  penulisan  kreatif.  Naluri  ingin  tahu  menyebabkan
                       seseorang  itu  cenderung  untuk  mencoret  sesuatu,  contohnya  soal  kehidupan  dan

                       kemanusiaan.
   1   2   3   4   5   6   7