Page 4 - E-Book_Neat
P. 4
TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM
Untuk memperkasakan lagi bidang penulisan, penulis juga perlu mendalami teori kritikan
samada moden atau pascamodenisme mencakupi strukturalisme, dekontruksi,
semiotik,teksdelisme, fenomenalogi dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa teori).
Dengan ini, penulis sendiri akan tahu sedikit sebanyak kelemahan karya masing-masing
walaupun tidaklah secara menyeluruh. Seorang sutradara teater yang juga penulis skrip
drama pentas memberitahu, dia juga turut menekuni buku mewarna kanak-kanak semata-
mata untuk menjiwai fragmen watak kanak-kanak di pentas.
Impaknya, ini akan membantu seseorang pengkarya itu menghasilkan karya yang baik,
bermutu dan boleh dipertanggungjawabkan. Tidak hanya berkisar seputar isu yang remeh,
sempit dan picisan sahaja. Minat sudah ada. Bakat juga ada. Membaca pun rajin. Tetapi,
langsung tidak menulis. Sebenarnya, jika situasi ini wujud, ianya seolah-olah sia-sia
sahaja. Pengkarya yang baik sebenarnya perlu menulis setiap hari.
Seterusnya ialah mengenal beberapa fakta yang mempunyai kaitan dengan diri seorang
penulis.
1. Melankolis
Mustahil seseorang penulis itu tidak romantic, sentimental semasa asyik menulis kerana
sikap sedemikian membantu menghasilkan karya yang mampu dirasai oleh pembaca.
2. Pengalaman Lampau
Kebiasaannya apa yang ditulis seiring dengan kehidupannya. Setiap manusia melalui
pengalaman yang berbeza. Pengalaman yang berbeza itu menjadikan sesuatu karya itu
berbeza daripada kebiasaan.