Page 9 - E-Book_Neat
P. 9
TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM
Tetapi ia sesuai di pawagam kerana penonton sudah mempersiapkan minda.
Malangnya tidak banyak filem kita menjadi filem. Filem kita adalah drama
televisyen yang dipetik ke pawagam.
Isi cerita yang sesuai dengan kehendak stesen TV.
Penulis skrip yang boleh menulis skrip mengikut piawaian industri sangat sedikit.
Yang banyak ialah mereka yang baru belajar menulis dan terpaksa belajar semula
menulis mengikut piawaian industri. Ini memakan masa dan penerbit-penerbit
program TV jarang ada kesabaran sebab mereka dikejar oleh stesen TV untuk
menyiapkan produk mereka.
Slot drama TV di bahagi ke beberapa jangkamasa.
o Slot telemovie (120 minit)
o Drama bersiri (jumlah episod x 30 minit).
o Drama bersiri (jumlah episod x 45 minit)
Filem bergantung kepada kehendak skrip. Namun, kebiasaanya filem akan
berdurasi 60 minit keatas.
Tahukah anda? Kebiasaannya stesen TV akan memilih cerita dari dua sumber:
v Penonton sasaran mereka.
v Para pengiklan yang akan menaja sesuatu slot rancangan TV itu.