Page 7 - E-Book_Neat
P. 7

TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM


                       TIPS 2 : PERSEDIAN SEBELUM MENULIS



                       Untuk   menjadi  penulis  skrip  yang  berjaya  sama  ada  sepenuh  masa  atau  part
                       time anda memerlukan beberapa kriteria:






                                 Ilmu menulis skrip drama dan filem.


                              Menulis  skrip  haruslah  mengetahui  formatnya  kerana  ini  akan  memudahkan
                              pelakon  dan pengarah  melakukan  kerja  mereka  berpandukan skrip  yang  mereka

                              guna. Sememangnya penting perkara ini kerana skrip yang tidak teratur pasti akan
                              ditolak  paling awal. Oleh itu sangatlah sia-sia jika perkara ini  dipandang remeh

                              sahaja.


                              Secara  asasnya  kerja  kamera  antara  drama  dan  filem  sangat  berbeza.  Ini  kerana
                              bagi drama televisyen, keperluan kamera lebih banyak merakam daripada menjadi

                              naratif visual kepada drama berkenaan. Tetapi kerja kamera di filem melampaui

                              alat  merakam,   sebaliknya  alat  untuk  karyawan   filem   yakni  pengarah
                              mengutarakan naratif visual kepada penonton.


                              Kerana  itu  seorang  pengarah  filem  akan  merasa  lebih  puas  berkarya  di  filem.

                              Mereka   mempunyai   ruang  yang  lebih  luas  untuk  melontarkan  pendekatan
                              sinematiknya.  Filem  dan  drama  bukanlah  berbeza  layar  kecil  atau  layar  lebar.

                              Tetapi  banyak  filem  kita  yang  ditayangkan  di  layar  televisyen  kelihatan  serupa
                              dengan drama yang dibuat untuk televisyen.






                              Kelebihan  filem  ialah  boleh  melontarkan  isu-isu  yang  jauh  lebih  besar  daripada
                              drama televisyen  yang  kebanyakannya sesuai dengan isu masyarakat. Tetapi isu

                              di  filem  berkaitan  rapat  dengan  idealisme,  ideologi  dan  ruang  permainan  visual
                              yang jauh lebih luas.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12