Page 6 - E-Book_Neat
P. 6

TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM

























                       Apakah cabaran anda dalam menghasilkan karya yang berkualiti?

                       Sama seperti penulis-penulis lain, ada masanya saya mengalami kebuntuan idea. Bila tiba

                       saat-saat  begini,  saya  akan  meminta  pandangan  rakan-rakan  terdekat  dan  berbincang
                       apakah  langkah  seterusnya.  Dengan  cara  ini,  idea  kadang-kadang  dapat  dikembangkan.

                       Antara cabaran sebagai seorang penulis skrip ialah apabila konsep cerita kita ditolak. Itu
                       belum apabila filem atau drama yang dihasilkan tidak diminati penonton.




                       Kepada mereka yang ingin menceburi bidang penulisan skrip ini, apa nasihat anda?




                       Mereka  yang  ingin  menceburi  bidang  ini  harus  mencari  seseorang  yang  sesuai  untuk

                       mendapatkan   bimbingan.  Jangan  terlalu  terburu-buru  kerana  dalam  industri  ini  bukan
                       semuanya jujur. Kadang-kadang ada yang akan mengambil kesempatan pada pihak orang

                       baru dan mencuri konsep kita. Sedar-sedar, ia sudah ditayangkan di kaca televisyen. Kita
                       mesti berani mencuba dan berwaspada.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11