Page 3 - E-Book_Neat
P. 3
TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM
Bagaimana pula dengan bakat? Menurut Mustafa lagi, bakat merupakan kebolehan
semulajadi (bakat alam) yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Mustafa seterusnya
membahagikan elemen bakat kepada 2 skop iaitu bakat dan usaha. Berikut diturunkan
pecahan bakat dan usaha / kerja keras: 1. 90 % bakat + 10 % usaha / kerja keras • Adalah
insan yang istimewa. Dalam konteks ini, sasterawan dilahirkan BUKANNYA dibentuk.
Maknanya di sini, seseorang itu telah dikurniakan anugerah yang istimewa untuk menjadi
penulis yang baik. 2. 10 % bakat + 90 % usaha / kerja keras.
Adalah insan biasa dan perlu gigih berusaha jika mahu menjadi seorang penulis yang
berjaya. Daripada perpektif ini pula, sasterawan jenis ini boleh dibentuk. Dalam situasi
sebenar, bakat dan minat adalah tidak mencukupi untuk memungkinkan seseorang itu
menjadi penulis yang berjaya. Satu perkara yang dikatakan agak penting dan perlu
ditambah untuk melengkapkan lagi bakat dan minat ialah CITA-CITA. Cita-cita
memainkan peranan penting dalam melahirkan penulis yang berjaya. Di sini, cita-cita
merujuk kepada hasrat atau harapan setiap individu pada masa hadapan (futurulistik).
Tanpa PEMBACAAN, minat dan bakat individu itu tidak mungkin dapat dikembangkan
secara bersepadu. Oleh itu, penulis yang prolifik tidak akan hanya menekuni buku-buku,
jurnal atau teks kesusasteraan dan bahasa sahaja. Skop pembacaan mestilah luas meliputi
semua aspek kehidupan seperti bab politik, ekonomi, sosial, sejarah, geografi, agama,
perakaunan, sains dan kejuruteraan.