Page 8 - E-Book_Neat
P. 8
TIPS MENULIS SKRIP DRAMA DAN FILEM
Kalau daripada sudut sinematik, filem memberi ruang yang sangat besar untuk
bermain antara cahaya dan bayang, komposisi syot yang bukan lagi rakaman yang
disusun tetapi kenyataan yang dilontarkan. Saya masih ingat dengan filem Itali,
Cinema Paradiso, salah satu syotnya diambil dari sudut atas menunjukkan seorang
ibu yang sedang mengait kain.
Dia berjalan turun dari tingkat atas ke tingkat bawah rumahnya untuk menemui
anaknya yang lebih 30 tahun tidak pulang dengan memegang hujung benang.
Gumpalan benang di tingkat atas terkuak dan benang itu menjalari tangga.
Daripada pendekatan sinematik, syot ini bukanlah sebuah rakaman, ia sebuah
kenyataan tentang hubungan ibu dengan anak yang panjang dan tidak pernah
terputus. Dalam drama barangkali kurang sesuai kerana khalayak yang menonton
sambil lewa.