Page 10 - BULETIN EPIS JAN 2018 edited 29 mac 2018_Neat
P. 10
10
BENGKEL SOP AKTIVITI – AKTIVITI PENGURUSAN
BANJIR BENCANA
1) BENGKEL PENAMBAIKAN STANDARD
OPERATING PROCEDURE (SOP)
PENGURUSAN BENCANA (BANJIR)
Oleh : Dr. Muhamad Shahriman bin Ismail
Bengkel Penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) Pengurusan
Bencana (Banjir) telah diadakan pada 20-21 Disember 2017 yang lalu
bertempat di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya. Bengkel ini telah
dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai di IPPV Putrajaya
dan DVS Negeri. Dr Rozanah Asmah Binti Abd Samad dari Seksyen
Kawalan dan Pembasmian Penyakit, Bahagian Pengurusan Biosekuriti dan SPS
telah memberi taklimat mengenai Manual Pengurusan Haiwan Semasa
Bencana. Lima orang moderator telah dilantik bagi mengetuai perbincangan
iaitu :
1. Dr. Wan Mohd Kamil Bin Dato Wan Nik, BPSTT
3. Dr. Rohaya Binti Mohd Ali, EPIS, BPSPS
4. Dr. Norlida Binti Othman, SKAPP, BPSPS
5. Dr. Zarina Binti Mohamed, Seksyen Pedaging, BPKT
Tiga topik utama yang dibincangkan merangkumi Pengurusan Sebelum Banjir,
Pengurusan Semasa Banjir termasuk operasi menyelamat haiwan serta
Pengurusan Selepas Banjir. Pengurusan tenaga kerja, aset dan kaedah
pemindahan ternakan semasa bencana telah diperjelaskan termasuk carta
aliran dan bidang tugas agensi terlibat. Aspek kebajikan haiwan dan kakitangan
yang terlibat dengan banjir turut dibincangkan dalam bengkel ini. SOP ini akan
dimuktamadkan selewatnya Februari 2018 dan akan dibukukan sebagai
panduan pengurusan banjir.