Page 5 - BULETIN EPIS JAN 2018 edited 29 mac 2018_Neat
P. 5
5
LATIHAN RAT 4) LAPORAN LATIHAN RAT BASIC SESI 2
BASIC SESI 2 Oleh : Dr. Siti Norsyakirah binti Hashim
Latihan RAT Basic sesi ke-2 telah diadakan di Institut Pengurusan Veterinar,
Cheras pada 1-4 Ogos 2017. Seramai 7 orang penceramah dalam dan luar
Jabatan telah dijemput dan seramai 27 orang peserta telah terlibat dalam
latihan ini. Penceramah jemputan adalah terdiri daripada :
1. Dato’ Dr. Mohamad Azmie Zakaria Mantan KP DVS
2. Prof. Madya Dr. Mokhtar Arshad UMK
3. Dr. Rohaya Mohd Ali EPIS, BPSPS
4. Dr. Norlida Othman SKAPP, BPSPS
5. Dr. Rozanah Asmah Abd. Samad SKAPP,BPSPS
6. Pn. Hapsah Mohd Dusa KKM
7. En. Loganathan a/l Armom Bah. Penguatkuasa
Objektif Latihan RAT Basic Sesi 2
1. Membangunkan kemahiran pasukan tindakan pantas (RAT) di dalam
menangani situasi krisis dan wabak.
2. Meningkatkan keupayaan untuk berkomunikasi dan bekerja secara
berkumpulan (teamwork).
3. Meningkatkan keupayaan untuk membuat penyiasatan penyakit dan
kawalan dengan cepat dan tepat.
4. Meningkatkan keupayaan untuk menganalisa situasi wabak di kawasan
terjangkit.
5. Membentuk pasukan yang sentiasa bersiapsaga.
Latihan RAT Basic ini telah meningkatkan pemahaman para peserta di dalam
menangani situasi krisis penyakit serta telah meningkatkan keupayaan pasukan
untuk berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan, membuat penyiasatan
dan kawalan penyakit, serta menganalisa situasi wabak di kawasan terjangkit.
Pemahaman ini akan digunakan seterusnya di dalam Latihan RAT Intermediate
dan Advance