Page 8 - BULETIN EPIS JAN 2018 edited 29 mac 2018_Neat
P. 8

8

        BENGKEL AMR                          Bengkel tersebut kemudian diteruskan dengan pengenalan kepada integrated
                                             AMR  surveillance  manual  oleh  penceramah  dan  fasilitator  jemputan,  Dr.
                                             Amanda  Beaudoin  dan  Dr.  Julio  Alvarez,  dari  University  of  Minnesota,
                                             Amerika Syarikat yang dilantik untuk membantu Jabatan dalam membangunkan
                                             manual tersebut. Pada permulaan bengkel, para peserta dibahagikan kepada 2
                                             kumpulan mengikut disiplin mereka dalam kategori manusia dan haiwan.


                                             Selepas  perbincangan  yang  mendalam  dan  bermaklumat  dengan
                                             fasilitator  tentang  rangka  kerja  dan  elemen  yang  sepatutnya  dalam
                                             manual, para peserta dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil
                                             untuk  membincangkan  untuk  menghasilkan  manual  mengikut
                                             kepakaran  dalam  bidang  berkaitan.  Pada  hari  terakhir  bengkel
                                             tersebut,  setiap  kumpulan  membentangkan  penemuan  mereka  dan
                                             bengkel itu berakhir dengan penutupan oleh Prof. Dr. Latiffah Hassan
                                             dari  Universiti  Putra  Malaysia.  Secara  keseluruhannya,  seminar  dan
                                             bengkel  yang  diadakan  selama  4  hari  tersebut  telah  memberikan
                                             pendedahan  yang  meluas  berkenaan  dengan  status  AMR  semasa
                                             Negara,  peranan  dan  fungsi  setiap  sektor  yang  berkaitan  dan  juga
                                             sebagai  langkah  awal  dalam  melaksanakan  survelan  dan  aktiviti
                                             berkaitan AMR bagi setiap sektor terlibat.




                                             3) BENGKEL MANUAL INTEGRATED AMR
                                                SURVELAN
                                                Oleh : Dr. Mariani binti Hashim

                                             Bengkel Manual Integrated AMR Survelan adalah kesinambungan dari bengkel
                                             yang diadakan pada Mac 2017. Bengkel ini telah diadakan pada 31 Julai dan 1
                                             Ogos  2017  bertempat  di  Fakulti  Perubatan  Veterinar,  UPM.  Kehadiran
                                             peserta adalah lebih kurang 40 orang yang terdiri dari pegawai teknikal DVS,
                                             DOF, MOH dan UPM. Kebanyakan peserta yang hadir adalah peserta yang
                                             sama  terlibat  dalam  bengkel  terdahulu.  Objektif  bengkel  adalah  untuk
                                             memperincikan  dan  melengkapkan  isu  kandungan  manual  dan  program
                                             survelan yang dirancang.



                                             Sesi bengkel dimulakan dengan penerangan dan rumusan dari setiap
                                             kumpulan berkenaan  program  survelan  yang telah  disediakan  dalam
                                             bengkel  terdahulu  dan  juga  sesi  perbincangan  serta  soal  jawab
                                             mengikut tajuk yang dibincangkan. Sesi perbincangan dalam bengkel
                                             tersebut diselaraskan  bersama penceramah dan fasilitator jemputan,
                                             Dr. Amanda Beaudoin dari University of Minnesota, Amerika Syarikat.
                                             Secara keseluruhannya, hasil dari perbincangan bengkel selama 2 hari
                                             tersebut, telah dapat melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam
                                             manual tersebut.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13