Page 4 - BULETIN EPIS JAN 2018 edited 29 mac 2018_Neat
P. 4
4
3) BILANGAN INDEKS PENYAKIT HAIWAN YANG
MAKLUMAN DILAPORKAN BAGI TAHUN 2017
Oleh : En. Shaari Bin Manas dan Pn. Nor Liza Binti Jelani
Jika terdapat artikel mengenai
kejadian atau epidemiologi
tentang penyakit ternakan
bolehlah dikirimkan kepada
Seksyen Epidemiologi dan
Survelans, Bhg Pengurusan
Biosekuriti dan SPS, IPPV
Putrajaya
Kami mengalu-alukan
sumbangan artikel
epidemiologi dan laporan kes.
Sila hantar artikel ke Seksyen
Epidemiologi dan Survelan,
IPPV, Putrajaya. Pegawai
Perhubungan :
Tn. Hj. Shaari email :
shaari@dvs.gov.my
atau
Pn. Nor Liza email :
norliza@dvs.gov.my Sepanjang tahun 2017, Seksyen Epidemiologi dan Survelan telah menerima
sebanyak 161 laporan indeks penyakit daripada Bahagian Kesihatan di negeri.
Pada tahun 2017 juga, kita telah dikejutkan dengan wabak HPAI di negeri
Kelantan sebanyak 36 indeks telah dilaporkan. Selain itu, negeri Terengganu
telah melaporkan sebanyak 12 Indeks Penyakit bagi penyakit Hawar
Berdarah. Manakala di negeri Selangor mencatatkan bilangan Indeks
Penyakit Brucella abortus tertinggi berbanding di negeri-negeri lain di
Semenanjung Malaysia. Bagi penyakit FMD, pelaporan indeks penyakit yang
paling tinggi adalah di negeri Melaka sebanyak 8 kes. Negeri Pulau Pinang
pula mencatatkan bilangan Indeks Penyakit Tuberkulosis tertinggi sebanyak
4 kes. Secara keseluruhannya, pelaporan Indeks Penyakit Haiwan bagi tahun
2017 adalah tidak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku di lapangan
di mana terdapat negeri-negeri yang tidak melaporkan kejadian penyakit
haiwan yang berlaku di negeri masing-masing. Oleh itu, pihak kami amatlah
menggalakkan pelaporan kejadian penyakit haiwan yang berlaku di negeri
dengan lebih giat dan aktif bagi kepentingan kita bersama