Page 7 - BULETIN EPIS JAN 2018 edited 29 mac 2018_Neat
P. 7
7
BENGKEL AMR AKTIVITI – AKTIVITI ONE HEALTH
APPROACH
1) BENGKEL ANTI-MICROBIAL RESISTANT
(AMR)
Oleh : Dr. Mariani binti Hashim
Selaras dengan penubuhan National Antimicrobial Resistant Committee (NARC)
yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Pengarah Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan
Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Seksyen
Epidemiologi dan Survelan telah dilantik sebagai urusetia bagi Technical
Working Group 2 Animal Health (TWG2 Animal Health). Fungsi TWG2 adalah
dalam memperkukuhkan program dan aktiviti bagi survelan dan research
berkaitan dengan AMR sebagaimana yang telah digariskan dalam Malaysia
National Action Plan on AMR. Sepanjang tahun 2017, beberapa aktiviti AMR
berkaitan survelan dan research telah diadakan samada diperingkat Jabatan dan
juga secara kerjasama bersama MOH dan Malaysia One Health University
Network (MyOHUN).
2) ANTIMICROBIAL SURVEILLANCE SEMINAR &
WORKSHOP
Oleh : Dr. Mariani binti Hashim
Program seminar dan bengkel AMR ini telah diadakan pada 6 – 9 Mac 2017
bertempat di Pullman Lakeside Hotel, Putrajaya. Program ini adalah dengan
kerjasama diantara MyOHUN, DVS dan MOH. Seminar berkaitan dengan
survelan AMR telah diadakan pada 6 Mac dan bersambung dengan bengkel
pada 7 – 9 Mac. Objektif seminar dan bengkel adalah untuk mengukuhkan dan
menyelaraskan program survelan AMR pada manusia, haiwan dan makanan
berasaskan haiwan selain daripada untuk membangunkan intergrated manual
bagi program survelan AMR dalam sektor manusia, haiwan dan juga makanan
berasaskan haiwan.
Kehadiran seminar adalah lebih kurang 100 orang peserta yang terdiri dari
pegawai DVS, Jabatan Perikanan (DOF), MOH, hospital, pelbagai agensi, pusat-
pusat penyelidikan dan juga universiti. Manakala, bagi program bengkel
kehadiran adalah lebih kurang 50 orang peserta yang terdiri dari pegawai
teknikal DVS, DOF, MOH dan UPM.
Pada hari seminar dijalankan, selain dari pembentangan berkenaan status AMR
setiap sektor, juga diadakan sesi dialog bagi membincangkan peranan pihak
berkuasa, pemegang taruh dan orang awam dalam menangani krisis AMR.
Panel bagi sesi dialog adalah terdiri daripada YBhg. Dato’ Dr. Quaza
Nizamuddin bin Hassan Nizam, Ketua Pengarah DVS, Pn. Noraini Dato’ Mohd
Othman (MOH), Dr. Hj. Marzuki bin Hashim (DOF), En. Amrahi Buang,
Malaysian Pharmaceutical Society (MPS), Pn. Siti Aida binti Abdullah, National
Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan En. Jeffrey Ng Choon Ngee,
Federation of Livestock Farmers Association Malaysia (FLFAM).
Bagi sesi bengkel bermula dengan ucapan selamat datang oleh Dr. Mohamed
Nazir Paa dari MOH dan pengenalan kepada bengkel oleh Dr. Suraya Amir
Husin juga dari MOH. Dalam sesi pengenalan, Dr. Suraya juga menjelaskan
bahawa salah satu tujuan bagi bengkel adalah untuk membangunkan Malaysian
Antimicrobial Resistance Surveillance System (MARSS)