Page 6 - BULETIN EPIS JAN 2018 edited 29 mac 2018_Neat
P. 6

6

         KURSUS EPID                         5) KURSUS EPIDEMIOLOGICAL MODELLING FOR

          MODELLING                             ANIMAL DISEASE
                                                Oleh : Dr. Salina binti Amad Bugis

                                             Kursus  Epidemiological  Modelling  for  Animal  Disease  telah  diadakan  pada  2

                                             hingga 5 Oktober 2017 di Leopacific Hotel, Kuala Lumpur. Kursus ini telah
                                             dibimbing  oleh  3  orang  penceramah  dari  Australia  iaitu  Prof.  Dr.  Mark
                                             Stevenson,  Dr.  Anke  Wiethoelter  dan  Richard  dari  The  University  of
                                             Melbourne,  Australia.  Kursus  ini  telah  dihadiri  oleh  30  orang  pegawai
                                             veterinar  dari  ibu  pejabat,  negeri-negeri,  makmal  dan  institut  veterinar.
                                             Kursus ini memberi latihan asas kepada pegawai veterinar untuk membuat
                                             ramalan kejadian penyakit daripada data survelan dan kejadian wabak penyakit
                                             sedia ada. Latihan ramalan kejadian penyakit Rabies dan FMD turut dijalankan
                                             dengan menggunakan perisian Berkeley Madonna.




                                             Kursus ini telah dibimbing oleh 3 orang penceramah dari Australia
                                             iaitu Prof. Dr. Mark Stevenson, Dr. Anke Wiethoelter dan Richard
                                             dari The University of Melbourne, Australia.



                                             6) VIDEO CONFERENCING
                VIDEO                           Oleh : Dr. Salina binti Amad Bugis
         CONFERENCE                          2  AVEG-FETN Joint Video Conference telah diadakan pada 23 Januari 2018 pada
                                              nd
                                             pukul  2.30pm  –  3.40pm  waktu  Malaysia  menggunakan  perisian
                                             “GoToMeeting”. Malaysia diwakili oleh Dr. Salina bt Amad Bugis (Focal Point
                                             AVEG) dan Dr. Mariani Hashim (Alternate Focal Point AVEG) dari Seksyen
                                             Epidemiologi dan Survelan. Dua orang lagi pemerhati dari Malaysia ialah Dr.
                                             Melia  Abd  Salam  (Seksyen  Kawalan  dan  Pembasmian  Penyakit)  dan  Dr.
                                             Norhafizah  (Seksyen  Zoonosis  dan  Kesihatan  Awam).  Konferen  ini  telah
                                             melibatkan 13 buah Negara ASEAN terdiri daripada :
                                                1.  Brunei (Ministry of Health)
                                                2.  Lao PDR (FET)
                                                3.  Malaysia (Epidemiology Intelligence Program dan Department Of Veterinary
                                                    Services)
                                                4.  Myanmar  (Department  of  Public  Health  dan  Livestock,  Breeding  and
                                                    Veterinary Department)
                                                5.  Philippines (FETP dan Bureau of Animal Industry)
                                                6.  Singapore(FETP dan Agri-Food and Veterinary Authority)
                                                7.  Thailand (FETP dan FETPV)
                                                8.  Vietnam (FETP dan Department of Animal Health)
                                                9.  China (Animal Health dan Epidemiology Center)
                                                10.  Japan (Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries)
                                                11.  Republic of Korea (Centers for Disease Control and Prevention)
                                             Dua pembentangan telah dibuat bertajuk :
                                                1.  Outbreak  Investigation  of  Cutaneous  Anthrax  in  Tak  Province,  Thailand
                                                    oleh Dr. Bhurinud Salakij dari FETP Thailand.
                                                2.  Risk  factors  for  Brucellosis  Seropositivity  of  Community  Animal  Health
                                                    Staffs  oleh  Dr.  Xu  Quangang  of  China  Animal  Health  and  Epidemiology

                                                    Center.
                                             Kedua-dua pembentangan tersebut merupakan contoh kolaborasi di antara
                                             sektor  kesihatan  awam  dan  haiwan  yang  menunjukkan  keperluan  untuk
                                             bekerjasama di antara dua sektor tersebut. ASEAN Veterinary Epidemiology
                                             Group  (AVEG)  dan  Field  Epidemiology  Training  Network  (FETN)  turut
                                             dicadangkan untuk meneruskan kerjasama dalam bidang latihan epidemiologi
                                             di lapangan dan dalam keadaan sebenar
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11