Page 168 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 168

Sekapur Sirih







               Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

               Era transformasi yang ditelusuri dekad ini sesungguhnya
               menuntut kepada pendekatan yang cekap dan berkesan
               serta  model pengurusan yang terkini.  Pengurusan
               pentadbiran yang tersusun, sistematik dan dinamik akan
               memperkukuhkan mekanisme pentadbiran perkhidmatan
               awam sedia  ada bagi mengekalkan  momentum lonjakan daya saing negara  di  arena
               dunia yang kian mencabar. Pengurusan strategik adalah pendekatan yang begitu kritikal
               kepada  peningkatan  prestasi  berganda organisasi melalui pelaksanaan komponen
               pengurusan yang lengkap, teratur dan komprehensif.

               Jabatan Pendidikan  Tinggi menerusi Bahagian Penguatkuasaan dan  Inspektorat
               merupakan salah satu bahagian yang bertanggungjawab memantau dan mengawal selia
               Institusi Pendidikan Tinggi Swasta untuk  memastikan semua  dasar dan peruntukan
               undang-undang di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan
               peraturan-peraturan di  bawahnya  dipatuhi. Setiap Institusi  Pendidikan Tinggi Swasta
               yang beroperasi sebagai pemberi perkhidmatan pendidikan tinggi perlu faham bahawa
               peruntukan Aktas 555 adalah bagi menjamin kualiti pendidikan selain melindungi hak dan
               kebajikan pelajar.

               Di harapkan Kompendium  Siasatan, Pengkompaunan dan  Pendakwaan ini dapat
               memberi manfaat dan panduan kepada semua pihak di Jabatan Pendidikan Tinggi dalam
               melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan. Semoga semua Institusi Pendidikan Tinggi
               Swasta  berupaya melonjakkan kecermerlangannya melalui perkembangan yang  sihat
               dan penyediaan pendidikan yang berkualiti.



               YBhg. Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Bin Ishak
               Ketua Pendaftar
               Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
               Jabatan Pendidikan Tinggi
               Kementerian Pengajian Tinggi
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173