Page 172 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 172
PENDAKWAAN
BAHAGIAN A: MANUAL PENDAKWAAN
1 PENGENALAN
1.1 Garis panduan ini bertujuan untuk menggariskan prosedur
berhubung tindakan perundangan melalui pendakwaan
bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] & peraturan-
peraturan di bawahnya selaras dengan cadangan dan
keputusan Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
1.2 Manual Pendakwaan dibangunkan sebagai panduan
kepada IO untuk menguruskan kes pendakwaan
sebagaimana yang diputuskan oleh TPR dalam minit
pada Kertas Siasatan.
1.3 IO perlu menyediakan dokumen-dokumen yang
mengandungi maklumat dan fakta yang tepat dan jelas
mengikut undang-undang bagi tujuan pendaftaran kes di
mahkamah. Oleh itu, manual ini menjelaskan langkah-
langkah penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan
bagi proses pendaftaran kes di mahkamah.
1.4 Pendaftaran kes di mahkamah perlu dibuat berdasarkan
kaedah yang digunapakai oleh sesebuah mahkamah
yang telah dikenalpasti, iaitu pendaftaran secara manual
atau secara atas talian. Panduan pendaftaran kes yang
berbeza perlu disediakan berdasarkan keperluan setiap
kaedah tersebut.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi | 1